Peria
Penanaman peria katak varieti 321 yang di Tanam oleh En Murad
di Kelompok Kg Paya Mas Tangkak, Ledang Johor
kelolaan Jabatan Pertanian.
Peria (Momordica charantia) dari order Cucurbitaceae adalah
sejenis sayuran menjalar yang mempunyai permintaan yang baik terutama
digunakan sebagai ulaman untuk ubatan oleh masyarakat tempatan. Peria
katak berbeza dengan peria biasa dengan ciri-ciri pada kulit yang mengerutu
dan berwarna hajau gelap. Peria katak asli (Liar) tumbuh dikawasan yang
mendapat sinaran matahari dan mengeluarkan buah yang kecil , berwarna
hijau gelap serta sedikit. Jenis Peria Katak Komersial pada masa ini
ditanam menggunakan benih hybrid Taiwan No 321 yang lebih komersial. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi penanaman peria katak untuk bacaan dan rujukkan pembaca semua.
Peria Katak No 321 merupakan satu varieti yang sesuai untuk di
komersialkan dan harga satu tin benih hybrid antara RM 400.00 - RM450.00
satu tin yang hanya boleh ditanam sekali sahaja (F1). Pada masa ini
terdapat seluas kira-kira 26 hektar CHE keluasan tanaman peria katak di
usahakan di Daerah Muar dan Ledang. Kawasan tumpuan penanaman peria
katak di sekitar Bandar Tangkak, Kg Solok, Sagil dan Sengkang. Kawasan
lain adalah disekitar Pagoh, Ledang dan juga kawasan Sungai Balang,
Muar. Peria Katak disukai penanam sayur kerana kurang kadar serangan
oleh lalat buah jika ditanam dikawasan yang baru dibuka.