Tuesday 24 May 2016

PELANCARAN "CER CITER! CER CITER!"

May 24, 2016 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
Pelancaran Program ”Cer Citer! Cer Citer!” dilaksanakan pada pukul 9.30 pagi. Program ini dimulakan dengan ucapan aluan Guru Besar, SK St. Mary, Kuala Lumpur dan diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Pn. Rusilawati bt Muhammad, Penolong Pegawai Pendidikan Bahasa Malaysia Rendah, Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul.
Pihak sekolah telah menjemput pasukan ”Mind Your English” dari SK Taman Megah, Petaling Jaya, Selangor untuk membuat persembahan semasa pelancaran. 

Semua guru, PIBG dan murid SK St. Mary, KL berkumpul di dewan.

Ucapan aluan oleh Cik Ngan Wai Fun, Guru Besar SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Program ini dirasmikan oleh Pn. Rusilawati bt Muhammad
Penolong Pegawai Pendidikan BM, PPWS.




Persembahan lakonan oleh pasukan “Mind Your English” dari
SK Taman Megah, Petaling Jaya, Selangor.

Sesi soal jawab kuiz berkaitan dengan cerita yang telah dipersembahkan.



Dialog prestasi antara barisan pentadbir dan PIBG SK St. Mary, Kuala Lumpur bersama 
PIBG SK Taman Megah, Petaling Jaya, Selangor.


Penyampaian cenderahati kepada perasmi Program "Cer Citer! Cer Citer!" 
      Pn. Rusilawati bt Muhammad, Penolong Pegawai Pendidikan Bahasa Malaysia Rendah, PPWS dan PIBG SK Taman Megah Petaling Jaya, Selangor.












KENALI "CER CITER! CER CITER!"

May 24, 2016 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
Kenali "Cer Citer! Cer Citer!"

Projek ”Cer Citer! Cer Citer!” di bawah Program NILAM yang dianjurkan oleh pusat sumber sekolah untuk meningkatkan pencapaian akademik murid melalui pembudayaan amalan membaca. Projek ini merupakan kolaborasi antara pihak sekolah dengan PIBG SK St. Mary, Kuala Lumpur.
Program ini dilaksanakan pada setiap hari Selasa (2 kali sebulan) bermula jam 7.20 pagi hingga 7.40 pagi di Dewan St. Mary, Kuala Lumpur.


 



Klik link di bawah untuk menyanyi lagu 
 "Jom Cerciter"



Wednesday 11 May 2016

AKTIVITI LITERASI MAKLUMAT 2

May 11, 2016 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
KENALI SAYA!

1. Guru memberi penerangan berkaitan dengan ciri-ciri sebuah buku. 
   Contoh : judul, pengarang, tahun terbitan, penerbit, 
                   nombor pengkelasan dan sebagainya.

2. Murid dikehendaki untuk memilih sebuah buku cerita daripada rak 800.

3. Murid diagihkan lembaran kerja.

4. Murid dikehendaki melengkapkan lembaran kerja berdasarkan buku yang telah dipilih.





Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap