Tuesday 7 August 2018

POKOK TEMU LAWAK

August 07, 2018 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
APA ITU TEMU LAWAK?

"Temu lawak, bukan kunyit"

  

Nama VernakularTemu lawak
Nama Saintifikcurcuma xanthorrhiza
Nama LainNama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma xanthorrhizae, skuat keung wong (kantonis), giant curcuma, false turmer, temu lawak, temulawak, dilaw, dilao, temu putih
FamiliZingiberacea

1. Temulawak mempunyai rupa fizikal seperti kunyit, temu pauh dan ibu kunci .Bezanya adalah dari lebar daun, ketebalan daun dan rasa ubinya.

2. Temu lawak merupakan tumbuhan tahunan yang hidup secara berumpun. Setiap pokok biasanya mempunyai 2-9 helai daun. Ketinggian pokok boleh mencapai 2.5 meter. Pokok temu lawak berbunga sepanjang masa, bunganya berwarna putih atau kuning tua dan pangkal bunga berwarna ungu. Rizom temulawak berwarna kuning tua dan ia mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan.



3. Daun temu lawak ini ada sejalur warna unggu ditengah dekat pelepah. Daunnya tidak berbau seperti kunyit.


4. Ketinggian pokok biasanya lebih 2 kaki. 

5. Daunnya lebih tebal dari daun kunyit biasa. Daun temu lawak tidak digunakan dalam masakan. Biasanya daun temu lawakdigunakan untuk direbus bersama daun-daun lain , buat mandi untuk wanita lepas bersalin.


APAKAH KEGUNAAN TEMU LAWAK?

1. Digunakan sebagai agen pencegah penuaan dan penawar sakit puan - banyak digunakan dalam pembuatan kosmetik.

2. Dapat mengubati penyakit seperti reumatoid dan kesakitan otot, demam , batuk, masalah hati, demam kuning, penyakit batu karang dan penyakit kulit.

3. Dapat menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang.

4. Dapat mengatasi buasir, masalah kerengsaan pada rektum, berak berdarah dan disentri.


Cara mudah untuk menanam temu lawak:




Bagaimana jus temu lawak dihasilkan?








Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap