Monday 30 April 2018

ANALISIS PINJAMAN BAHAN DI PUSAT SUMBER BAGI BULAN JANUARI - APRIL 2018

April 30, 2018 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
Berikut merupakan analisis trend pinjaman bahan oleh murid-murid SK St. Mary, Kuala Lumpur bagi bulan Januari hingga April 2018.

Bilangan bahan yang dipinjam :

Januari - 297 bahan
Februari - 287 bahan
Mac - 319 bahan
April - 378 bahan

Tahniah diucapkan kepada murid-murid SK St. Mary, Kuala Lumpur yang membuat pinjaman bahan dari pusat sumber. Peningkatan mendadak boleh dilihat pada tahun 2018 jika dibandingkan dengan tahun 2017.

*Penyampaian hadiah kepada peminjam terbanyak bagi tahap 1 dan tahap 2 akan diadakan pada 14 Mei 2018.


Berikut merupakan trend pinjaman bahan mengikut bahasa:

Bahasa Malaysia : 


Bahasa Inggeris :


Bahasa Arab :


Bahasa Cina :


Bahasa Tamil :


~ JADIKAN BUKU SEBAGAI TEMAN HIDUP ANDA!

~ BACA BUKU BUKA DUNIA!

Wednesday 18 April 2018

LABEL : PERIA

April 18, 2018 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
APA ITU PERIA?


Image result for POKOK PERIA






1. PERIA (Momordica charantia) merupakan sejenis tanaman menjalar dari keluarga Cucurbitaceae yang ditanam oleh petani untuk pasaran domestik dan ada sedikit dieksport ke Singapura.

2. Negeri Johor kini merupakan pengeluar utama peria di Malaysia diikuti dengan Perak dan Selangor. 

3. Peria adalah sejenis tanaman yang menjalar dan memerlukan para atau kayu sokongan untuk tanaman peria menghasilkan bunga dan buah.

4. Peria memerlukan cuaca panas dengan suhu antara 20-35 celsius dan kawasan dengan sinaran matahari cukup. 

5. Terdapat banyak jenis peria yang ada dipasaran tetapi yang banyak ditanam adalah jenis peria tempatan dan peria katak.

6. Peria Katak (Momordica charantia) dari order Cucurbitaceae adalah sejenis sayuran menjalar yang mempunyai permintaan yang baik terutama digunakan sebagai ulaman untuk ubatan oleh masyarakat tempatan. 

7. Peria katak berbeza dengan peria biasa dengan ciri-ciri pada kulit yang mengerutu dan berwarna hajau gelap. Peria katak asli (Liar) tumbuh dikawasan yang mendapat sinaran matahari dan mengeluarkan buah yang kecil , berwarna hijau gelap serta sedikit. 


CARA MENANAM PERIA:

1. Pilih kawasan yang sesuai untuk menanam peria iaitu jenis tanah rata dan tidak mudah tenggelam air sewaktu musim hujan. Sebaiknya tanah perlu dibajak serta dinaikkan batas mengikut saiz yang bersesuaian.

2. Pastikan terdapat sistem saliran sempurna di kawasan yang mudah berlaku air bertakung kerana tanaman peria mudah rosak apabila akarnya tenggelam. 

3. Tanaman peria adalah jenis yang menjalar dengan sulur paut dan perlukan Sistem Junjung yang perlu dinaikkan 2 minggu sebelum penanaman. 

4. Bagi petani komersil, mereka akan menggunakan sistem para trellis dengan menggunakan kawat dan tiang kayu kukuh.

5. Pokok peria perlukan cantasan dari peringkat awal penanaman dengan membuang dahan sisi terutama sekali dibahagian bawah. 

6. Daun-daun tua yang ada dibahagian bawah juga perlu dibuang untuk mengelakkan terlalu rimbun yang mana akhirnya akan menyebabkan serangan kulat. 

7. Tanaman peria memerlukan bekalan air yang konsisten melalui sistem pengairan renjis atau sistem pengairan titis. Bagi setetengah petani mereka memasang sistem pengairan lebih awal sebelum menanam.

Image result for cara menanam POKOK PERIA



KHASIAT BUAH PERIA

1. Pakar perubatan tradisional China telah menggunakan peria untuk merawat asma dan masalah haid yang terlewat. 

2. Peria mempunyai hypoglycemic atau insulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing. 
Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang diambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potong peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk.
3. Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah di hancurkan pula di gunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.
4. Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengambilan alkohol.
5. Walaupun peria tidak di minati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak. Di India, biji daripada buahnya yang telah di masak ranum pula di jadikan sebagai bahan perasa.

Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap