Tuesday 24 January 2017

"CER CITER! CER CITER!" 8

January 24, 2017 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
KEBAKARAN DI KAMPUNG

TARIKH
24 JANUARI 2017
HARI
SELASA
MASA
7.20 PAGI – 7.40 PAGI
TEMPAT
DEWAN ST. MARY, KUALA LUMPUR
PELAKON
MURID-MURID MORAL TAHUN 6









Pengajaran cerita yang dipersembahkan :

- Jangan bermain mercun
- Membantu mereka yang berada dalam kesusahan

Monday 23 January 2017

MAJLIS PELANCARAN NILAM 2017

January 23, 2017 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
Dengarkan pesanan barisan pentabir SK St. Mary, KL untuk Program NILAM.

#klik link di bawah :
https://www.youtube.com/watch?v=bK4QNsqvkrg&feature=youtu.be




Barisan pentadbir SK St. Mary, KL.


Semua guru dan murid berkumpul di Dewan St. Mary, KL.

Ucapan aluan dan penerangan berkaitan Program NILAM oleh GPM.



Cik Farhah menunggang basikal sambil membawa "Giant Pencil" masuk ke dalam dewan.



Cik Farhah menyerahkan "Giant Pencil" kepada guru besar untuk 
menandatangani poster pelancaran NILAM.

Ucapan pelancaran oleh Cik Ngan Wai Fun, Guru Besar SK St. Mary, KL.


Sesi brgambar AJK Kerja PSS bersama barisan pentadbir.



Sesi brgambar Pengawas PSS bersama barisan pentadbir.

# Basikal menanti murid yang paling banyak membaca dan mencatat di dalam buku NILAM sepanjang tahun 2017.















Friday 20 January 2017

MINGGU TRANSISI TAHUN 1

January 20, 2017 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
Wah, seronoknya ke sekolah!

Minggu Transisi Tahun 1 diadakan selama 3 minggu iaitu bermula 2 Januari 2017 - 20 Januari 2017.
Program ini dikelolakan oleh guru-guru tahun 1.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanajang minggu transisi.









Rajin adik rajin.
Rajinlah belajar.
Bila besar nanti boleh tunjuk ajar.


Tuesday 17 January 2017

ORIENTASI NILAM DAN TAKLIMAT PSS

January 17, 2017 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
Orientasi NILAM dan taklimat PSS diadakan kepada semua murid tahun dua hingga tahun enam. Taklimat NILAM ini disampaikan oleh Cik Syafiqah Liyana bt Saharudin, Guru Perpustakaan dan Media. Orientasi NILAM dijalankan serentak bersama Taklimat PSS. Taklimat ini dimulakan dengan penerangan mengenai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa berada di pusat sumber. Video berkaitan dengan penggunaan pusat sumber turut ditayangkan kepada murid-murid. 

Seterusnya, murid-murid didedahkan mengenai Program NILAM serta pertandingan NILAM yang akan dijalankan sepanjang tahun 2017. Di samping itu, murid-murid dibimbing untuk mengisi buku NILAM berdasarkan buku cerita yang ditunjukkan. Cik Syafiqah menegaskan bahawa semua bahan yang dibaca perlu direkod di dalam buku program NILAM. Penerangan dibuat berbantukan tayangan slaid. 







Slaid dan video yang ditayangkan kepada murid-murid sepanjang program berlangsung.










Monday 16 January 2017

MAJLIS PERASMIAN MAKMAL KOMPUTER SK ST. MARY, KL

January 16, 2017 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/

# MELAHIRKAN MURID BERKEMAHIRAN ICT

Majlis Perasmian Makmal Komputer SK St. Mary disempurnakan oleh En. Syamsul Rezal bin Abd. Rahman (Ketua Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Wlayah Sentul, Kuala Lumpur).

💻💻💻💻💻💻💻💻💻💻💻💻💻💻💻💻💻💻💻💻💻
Terima kasih diucapkan kepada Felda ProData, PPUKM, Sunway Collge dengan kerjasama Rentwise dan semua AJK PIBG serta Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) yang membantu dengan penuh ikhlas tanpa mengira penat, lelah, siang atau malam.

Jasa tuan puan, amatlah kami hargai. Segala usaha dan kerjasama yang kita berikan, adalah demi keselesaan semua puteri jelita St. Mary.
Sesungguhnya dengan kejayaan Majlis Perasmian Makmal Komputer hari ini, ia menjadi tanda simbolik kerjasama yang erat antara kita semua. Usaha dan bantuan yang tuan berikan akan memberikan faedah dan nilai tambah kepada semua murid di SK St. Mary khasnya.
Tahniah buat semua warga SK St. Mary kerana akhirnya telah berjaya mempunyai sebuah Makmal Komputer yang dilengkapi 40 unit komputer dan internet YES 1BestariNet yang berkelajuan sehingga 12mbps . 










Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap