Tuesday 10 January 2017

ORIENTASI PSS TAHUN 1

January 10, 2017 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
Orientasi PSS tahun 1 diadakan pada minggu kedua semasa program transisi. Murid-murid tahun 1 dibawa ke pusat sumber oleh guru masing-masing mengikut kelas. Program ini dikelolakan oleh Cik Syafiqah Liyana Saharudin iaitu Guru Perpustakaan dan Media. 

Sepanjang program ini, murid-murid didedahkan dengan peraturan yang perlu dipatuhi semasa berada di pusat sumber. Murid-murid juga diterangkan mengenai fungsi pusat sumber sebagai gedung ilmu dan pusat akses maklumat. Murid-murid diberi peluang untuk membaca buku di pusat sumber. Guru juga mengadakan mini kuiz secara lisan berkaitan dengan perkara yang telah diterangkan mengenai pusat sumber kepada murid-murid. Murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul dan tepat diberikan hadiah. 

Murid-murid dikehendaki meletkaan kasut di rak dan beratur sebelem masuk ke PSS.





Guru membuat penerangan mengenai peraturan pusat sumber.
 Murid-murid berpeluang untuk membaca buku. 
Kuiz juga diadakan kepada murid-murid.

Murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul diberikan majalah Kuntum.


Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap