TARIKH : 20 NOVEMBER 2017
HARI : ISNIN
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SK ST. MARY, KL
Anugerah NILAM peringkat
kedua diadakan semasa perhimpunan rasmi sekolah. Anugerah ini diberikan kepada lima
orang murid yang paling banyak membaca mengikut setiap aliran. Majlis
dipengerusikan oleh Cik Syafiqah Liyana Saharudin. Penyampaian hadiah dimulakan
dengan anugerah peminjam terbanyak kategori murid sepanjang tahun 2017. Sijil
penghargaan dan hadiah (buku cerita, fail, buku nota, pemadam dan pengasah
pensel) diberikan kepada para pemenang. Anugerah NILAM kategori juga diberikan kepada
dua orang guru yang paling banyak membaca sepanjang tahun. Hadiah istimewa
diberikan kepada Tokoh NILAM tahap 1 dan tahap 2. Tokoh NILAM dipilih
berdasarkan jumlah bilangan buku yang dibaca dari bulan Januari sehingga Oktober
2017. Tokoh NILAM tahap 1 menerima sijil
penghargaan dan sebuah basikal manakala tokoh NILAM tahap 2 menerima sijil
penghargaan dan sebuah ”tablet”. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Cik Ngan
Wai Fun, Guru Besar SK St. Mary, Kuala Lumpur. Majlis diakhiri dengan sesi
bergambar.
Anugerah NILAM Guru
Anugerah Peminjam Terbanyak Mengikut Aliran
Pembaca Terbanyak Tahun 1
Pembaca Terbanyak Tahun 2
Pembaca Terbanyak Tahun 3
Pembaca Terbanyak Tahun 4
Pembaca Terbanyak Tahun 5
Pembaca Terbanyak Tahun 6
Anugerah Tokoh NILAM Tahap 1 dan Tahap 2.
Tahniah kepada semua penerima anugerah.