Tuesday, 26 February 2019

SAWI

February 26, 2019 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
SAWI (Brassica spp)

SAWI - BEBERAPA TIP MENANAM

TANAMAN SAWI (Brassica spp) merupakan satu aktiviti penanaman sayuran jenis daun yang intensif. Sawi merupakan tanaman sayuran daun dengan nama saintifiknya Brassica sp. yang dipercayai dari keluarga Brassicaceae dan mempunyai banyak jenis atau varieti. Terdapat beberapa jenis sawi yang mudah ditanam di Malaysia diantaranya seperti Sawi Hijau atau choy sum (Brassica parachinensis)Sawi Putih atau pak choy (Brassica chinensis var. pekinensis Cruciferae)Sawi Mini atau bok choy (Brassica rapa chinensis), Sawi Bunga (Brassica rapa Cruciferae) dan juga Sawi Ropol. Dari segi jenis-jenis sawi lain yang ditanam ada banyak lagi apa lagi mengenai jenama dagangan sawi oleh penjual benih sawi. Terdapat banyak cara penanaman sawi termasuk sama ada secara konvensional diatas batas tanah, didalam sistem fertigasi, diatas batas, didalam SPH dan terkini telah ramai menanam sawi dengan menggunakan teknologi pertanian terkini iaitu mereka menggunakan pasu. Sawi merupakan sayuran daun singkat masa dimana dalam masa sebulan ianya boleh dituai atau dipetik sendiri jika ditanam dikawasan keliling rumah. Sawi juga merupakan diantara pilihan aktiviti pertanian bandar yang boleh aktiviti penenamnnya sesuai diperluaskan amalannya terutama dikawasan perumahan dibandar. Dalam sistem tanaman secara hidroponik, sawi dan salad merupakan pilihan utama untuk sistem tanaman ini. Sawi yang ditanam sendiri lazimnya adalah lebih segar, selamat dimakan dan paling penting ia dihasilkan sendiri oleh mereka yang berminat. Penanaman sayuran sawi dikawasan keliling eumah juga dilaporkan mempu menjimatkan kos keluarga. Artikel subuh Ahad ini selepas solat saya menulis artikek ke 4,033 dalam "Anim Agro Technlogy" beberapa tips menanam sawi sekadar dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Sawi diketahui merupakan sejenis dayur daun yang mengandungi banyak vitamin A,B,C,E,K, karbohidrat, protein, kalsium, kalium, zat besi dan magnesium. Ia juga sangat kaya dengan serat yang boleh membantu proses pencernaan. Banyak juga penyakit yang dipercayai boleh dihindarkan dengan mengamalkan makan sayur daun seperti sawi antaranya anemia, mengurangkan risiko penyakit barah, mengurangkan kadar kolestrol dalam darah dan mempercepatkan pembekuan darah semasa luka. Penanaman sayur sawi adalah mudah dilakukan jika mempunyai minat, kemahiran dan pengalaman menanamnya. Sawi sesuai ditanam pada pelbagai jenis tanah dengan kelembapan yang sederhana. Keperluan suhu pula dimana ia paling sesuai antara 25 - 35ºC. Pada keadaan yang terlalu lembap atau kekerapan hujan yang tinggi boleh menjejaskan kualiti daun sawi (Sila lihat foto disebelah). Cara menanam sayuran sawi secara konvensional adalah diatas sistem batas yang disyorkan berukuran satu meter lebar dan panjang bergantung pada luas kawasan. Batas perlu digemburkan dan ditambah dengan kompos dan baja organik. Rapikan tanah diatas batas sebelum menanam. Menanam sawi dijalankan dengan menggunakan biji benih sama ada ditanam terus atau disemai terlebih dahulu. Jika mshu benih sawi ditanam terus sebaiknya benih tersebut di tabur di atas batas selepas dicampur dengan pasir. Buat penjarangan selepas 10 hingga 14 hari ditanam. Bagi kaedah semaian selalunya biji benih sawi akan disemai dan disimpan di dalam rumah semaian selama lapan hingga 10 hari. Kemudian anak pokok boleh dipindahkan di atas batas. Selepas memindahkan anak benih, letak sungkupan (plastik silver shine, daun kering, jerami padi) di bahagian batas yang terdedah bertujuan mengekalkan kelembapan tanah dan mengawal pertumbuhan rumpai.


Penanaman sawi perlukan sistem pengairan yang baik kerana ia memerlukan banyak air dari mula menanam sehingga hampir menuai. Ini kerana air adalah sumber yang terpenting untuk tanaman selain cahaya matahari, karbon dioksida dan baja. Tanaman Sawi perlu disiram dua kali sehari pagi dan petang kecuali hari hujan menggunakan air bebas klorin. Kekurangan air boleh membantutkan pertumbuhan tanaman. Pengairan boleh dilakukan sama ada secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis bergantung pada kemampuan pengusaha. Pembajaan tanaman sawi dimulakan dengan menggunakan baja organik telah disediakan di peringkat awal semasa penyediaan tanah. Baja tersebut memadai bagi pertumbuhan awal anak pokok. Selepas dua minggu maka baja organik diberikan sekali lagi dengan anggaran antara 40 dan 50g per pokok.  Sebelum membaja pastikan juga tanah di sekeliling pokok digembur untuk tujuan bagi meningkatkan pengudaraan akar tanaman. Baja ditabur di keliling pokok tetapi jauh dari batang pokok. Tutup baja dengan sungkupan. Sebaiknya lakukan kawalan rumpai dari peringkat awal penanaman. Batas tanaman perlu sentiasa dibersihkan daripada rumpai sekurang-kurangnya seminggu sekali. Rumpai yang tumbuh di atas batas dibuang secara manual, manakala rumpai yang tumbuh di luar batas boleh dipotong dengan mesin pemotong rumput atau sabit. Ada juga sesetengah petani menggunakan alat membakar rumpai. Kaedah ini bukan sahaja berkesan mematikan rumpai dan biji benihnya, ia juga boleh membunuh telur serangga perosak yang bersembunyi di dalam tanah atau batas.


Antara jenis perosak dan penyakit yang menyerang tanaman diladang perlu dipantau dari peringkat awal. Diantara penyakit yang biasa menyerang sawi ialah reput daun, bintik daun dan reput lembut. Perosak seperti Ulat Ratus, Ulat Pangkas dan Kumbang Lentingadalah antara perosak yang mudah ditemui pada pokok sawi. Kehadiran perosak ini boleh dikawal dengan menggunakan jenis racun organik campuran iaitu cili padi, bawang putih, pudina, serai wangi, daun kesum dan beberapa repellent yang lain boleh membantu didalam mengurangkan serangan perosak dan penyakit sawi. Cara amalan agronomi seperti penanaman bergilir juga disyorkan sebagai kawalan penyakit ini. Penuaian sawi boleh mula dituai selepas 27- 30 hari ditanam (30 HLT) bergantung kepada umur pokok, saiz pokok, serangan perosak dan sebagainya. selalunya cara menuai sawi adalah dengan memotong bahagian pangkal paling hampir dengan tanah. Akar dibiarkan reput di batas. Kemudian sawi perlu dicuci kotoran tanah yang melekat pada sawi dengan air bersih. Kemudian rendam sawi di dalam air sejuk bersuhu 5ºC untuk proses prapenyejukan selama antara lima dan 10 minit. Ia untuk mengekalkan kualiti sawi dalam tempoh yang lebih lama. Bungkus hasil sawi dengan menggunakan plastik lutsinar yang berlubang untuk pengudaraan sawi. Selain itu jika sawi disimpan dalam suhu 10ºC didapati ia boleh tahan selama seminggu. Sayuran sawi selain daripada dimakan segar sebagai sayuram ianya juga digunakan dalam masakan mee goreng, mee kari, sawi jeruk dan sebagainya, Artikel ini diharap memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.

Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap