Thursday, 21 February 2019

POKOK LIDAH BUAYA

February 21, 2019 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
LIDAH BUAYA (ALOE VERA)

Image result for POKOK ALOE VERA

Lidah Buaya adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesis Aloe serata dunia. Aloe adalah tumbuhan asli kepada timur, selatan dan utara Afrika dan Madagascar dan telah diperkenalkan ke Hindia Barat dan negara-negara tropika yang lain, yang mana ia tumbuh liar. Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi Algeria, Morocco, Tunisia, serta kepulauan Canary dan Madeira. Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi.[perlu rujukan] Selain itu, pokok herba ini juga sangat popular dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Walaubagaimanapun ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia.
Lidah buaya ialah tumbuhan saka, sukulen separa-tropika, dengan akar serabut yang kuat dan daun hijau ke kelabu-hijau yang banyak, berisi tebal, dan bergerigi. Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah jus dan gel daun. Pokok lidah buaya boleh menerima cahaya matahari penuh atau separa penuh untuk hidup. Lebar pokok boleh mencecah 60-120 cm manakala panjang pokok ialah sehingga 80 cm pada peringkat matang. Bunga pokok pula ialah kuning 30 mm panjang pada beberapa batang jambak bunga. Apabila ditanam secara komersial, pokok lidah buaya dituai setiap enam hingga lapan minggu dengan mengambil tiga ke empat daun per pokok.

Sejarah Perubatan

Batu bersurat Sumeria bertarikh 2200 SM, yang dijumpai di kota Nippur menunjukkan bahawa daun lidah buaya telah digunakan sebagai julap. Pada 1550 SM, orang Mesir Ebers Papyrus menunjukkan bahawa daun lidah buaya dikisar, dicampur dengan komponen perubatan lain dan direbus, kemudian digunakan dalam 12 formula perubatan, untuk kegunaan dalaman dan luaran. Sekitar 400 SM, sap lidah buaya telah direbus untuk kegunaan domestik dan dieksport melalui pedagang Arab sepanjang barat Asia. Selaras itu, pokok ini telah dikenali sebagai ‘penyembuh senyap’ oleh pengadut agama Hindu dan ‘ramuan harmonik’ oleh pakar perubatan Cina kuno. Ia telah (dan masih) ditanam dan digunakan di India sebagai agen penyembuhan dalaman dan luaran.
Manfaat-Lidah-Buaya

Khasiat

  • dapat mengubati luka terbakar, caranya adalah: daun lidah buaya dicuci bersih, lalu dibelah menjadi dua, di dalamnya akan terdapat lendir seperti gel disapu pada luka bakar maka dalam masa 2-3 hari akan sembuh.
  • dapat mengeluarkan racun tubuh, yaitu adanya kandungan gelatin yang boleh berkhasiat menyerap racun dalam usus dan mengeluarkannya bersama feses, caranya sangat mudah iaitu dengan membuat jus lidah buaya.
  • dapat menurunkan diabetes, iaitu dengan cara mengambil jus lidah buaya setengah sudu diminum rutin selama 14 hari dipercayai dapat menurunkan kadar gula 45%.
  • boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat merah yang besar dan meradang, caranya cukup simpel, ambil saja lidah buaya, kemudian belah, lalu ambil getahnya atau lendir yang terdapat didalamnya. Sapukan pada bahagian wajah yang terkena jerawat sekali dalam sehari kurang lebih selama 10-15 minit kemudian bilas dengan air hangat.
  • dapat menghilangkan flek–flek hitam pada wajah, caranya: wajah dibersihkan terlebih dahulu menggunakan facial foam, ambil jelly lidah buayanya, lalu bersihkan dari lendir–lendirnya dan usapkan ke wajah setiap pagi juga malam hari. Biarkan selama 30 minit. Selepas itu bersihkan dengan air bersih lalu keringkan. Lakukan sekurang-kurangnya 2x sehari berturut–turut. Cara ini memakan masa lama, namun bila dilakukan secara rutin, hasilnya pun akan maksimum.
  • dapat menguatkan akar bulu mata, nah, bagi anda yang sering memakai maskara, lidah buaya sangat sesuai untuk merawat bulu mata anda, caranya: sebelum tidur, cuci bulu mata agar terbebas dari bahan kimia seperti maskara, lalu ambil lendir lidah buaya, oleskan pelan- pelan pada bulu mata, biarkan selama 30 minit, lalu cuci dengan air biasa hingga bersih. Bila teratur menggunakannya, dijamin bulu mata anda tidak mudah gugur dan tebal.
  • boleh merawat rambut agar tidak mudah gugur, mengurangkan kelemumur, dan mempercepatkan pertumbuhan rambut, caranya adalah ambil dua pelepah lidah buaya yang sudah dicuci, kemudian gosokkan isinya pada kulit kepala yang telah dicuci / dikeramasi, lalu balut rambut dengan kain dan bilas keesokan harinya, usahakan melakukan rawatan ini setiap hari untuk mendapatkan hasil maksimum.
  • boleh digunakan sebagai gel cukur, nah, bagi anda yang ingin bercukur dengan cara alami dan mudah, boleh menggunakan lendir atau gel lidah buaya, caranya sangat mudah, oleskan lendir lidah buaya sebelum mencukur bulu jenggo atau misai anda, cara ini sangat ampuh untuk mencegah iritasi kulit, kulit akan terasa sejuk dan tidak perih.
  • boleh merawat buasir, caranya adalah parut lidah buaya, tambahkn madu dan setengah cawan air matang pada parut tersebut, aduk hingga rata, saring, lalu diminum 3 kali sehari.
  • boleh diproses menjadi minuman bernilai ekonomi tinggi, NATA DE ALOE, bentuknya seperti nata de coco atau sari kelapa, bila dimakan dapat berkhasiat untuk mencegah bengkak sendi, mencegah sel kanser, serta membantu penyembuhan luka sehabis operasi.
DSC02705

Berikut beberapa manfaat dari ramuan Lidah Buaya untuk mengatasi berbagai penyakit yang bisa kamu coba:
# Menyuburkan Rambut
– 2 pelepah lidah buaya
– Cuci lalu kupas kulit dan durinya
– Keramas rambut kamu (pada sore hari)
– Gosokkan isinya pada kulit kepala yg telah dikeramas
– Bungkus dengan kain
– Keesokan harinya rambut dibilas
– Lakukan setiap hari selama 3 bulan
# Mengatasi Batuk yang Membandel
– 20 g daun lidah buaya
– Cuci kupas kulit dan durinya lalu potong-potong
– Kasih 2 sendok makan madu murni
– Minum 2 kali sehari
– Ulangi selama 10 hari
# Mengatasi Radang Tenggorokan
– 1 daun lidah buaya
– Cuci lalu kupas kulit dan durinya
– Isinya dipotong-potong atau diblender
– Tambahkan 1 sendok makan madu murni
– Minum 3 kali sehari
# Mengatasi Sembelit
– Setengah (1/2) batang daun lidah buaya
– Cuci lalu kupas kulit dan durinya
– Potong kecil-kecil isinya
– Seduh dengan setengah (1/2) gelas air
– Kasih 1 sendok makan madu
– Makan 2 kali sehari pas hangat
# Mengatasi Ambeien
– Setengah (1/2) batang daun lidah buaya
– Cuci, kupas kulit dan durinya lalu diparut
– Beri setengah (1/2) gelas air panas, kemudian peras
– Tambahkan 2 sendok makan madu
– Dalam keadaan hangat, minum 3 kali sehari
# Obat Diabetes Melitus
– 2 batang daun lidah buaya
– Cuci dan buang durinya lalu potong-potong.
– Rebus dengan 3 gelas air hingga mendidih
– Lalu saring air rebusan tersebut
– Minum 1/2 gelas – 3 kali sehari sesudah makan
# Menurunkan Kadar Gula Darah
– 1 pelepah lidah buaya ukuran besar (kira-kira seukuran telapak tangan)
– Bersihkan dengan mengupas kulit dan durinya
– Rendam sekitar 30 menit dalam air garam
– Remas sebentar lalu bilas di bawah air yg mengalir (air kran)
– Rebus dengan 3 gelas air hingga mendidih
– Dinginkan dan saring
– Minum 1/2 gelas – 2 sampai 3 kali sehari.
Aloe vera juice with ice cubes
Aloe vera juice with ice cubes

Cara Membuat Minuman Lidah Buaya

  1. Ambillah daun lidah buaya yang segar dan berukuran besar agar memiliki banyak daging yang dapat dijadikan campuran minuman.
  2. Kupas kulit daun lidah buya hingga haya tersisa daging lidah buaya yang hijau bening.
  3. Potong-potong daging lidah buaya tersebut dalam bentuk dadu
  4. Rebus pandan denagn air hingga mendidih dan tercium aroma pandan dari air tersebut.
  5. Rendam potongan daging lidah buaya dengan air pandan kurang lebih selama 2 jam.
  6. Setelah 2 jam tiriskan daging lidah buaya dan simpan dalam lemari pendingin.
  7. Daging lidah buaya tersebut sudah dapat dijadikan campuran minuman yang lezat dan sehat menyehatkan.

Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap