Thursday 21 February 2019

POKOK MENGKUDU

February 21, 2019 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
POKOK MENGKUDU (Morinda Citrifolia)

Image result for POKOK MENGKUDU

Bagi mengenali tanaman ini kita akan dapat melihat yang ia mempunyai batang pokok yang tumbuh menegak dan banyak cabang. Dahannya agak lurus serta ia berdaun lebar dengan bunga berwarna putih yang keluar sepanjang tahun. Ia mempunyai buah berbentuk bujur dan bertukar daripada hijau kepada putih kekuningan apabila matang. Buah yang masak mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
Ketinggian pokok boleh mencapai lebih kurang 10meter jika tidak dicantas. Dua spesis tanaman mengkudu yang biasa terdapat di negara ini ialah Morinda citrifolia (Varieti ini lebih dikenali dengan nama mengkudu besar atau mengkudu laut) dan Morinda elliptica (varieti mengkudu kecil atau lebih dikenali sebagai mengkudu hutan).

Walaupun baunya agak kuat dan kurang menyenangkan, buah mengkudu mengandungi pelbagai nutrient dan kebaikan tersendiri dalam membantu menjaga kesihatan kita seperti vitamin, zat seperti xeronine, proxeronine, steroid semula jadi, alizarin, sodium, dan sebagainya. Buah mengkudu juga mengandungi scopoletin berfungsi sebagai anti-bakteria dan anti-radang kepada tubuh badan kita.
Dalam merawat penyakit hipertensi, anti-radang yang ada pada buah mengkudu bertindak dalam menurunkan tekanan darah secara berkesan dan selamat untuk diamalkan. Ini kerana, tekanan darah tinggi berpunca daripada saluran darah yang sempit. Justeru, buah mengkudu mengandungi bahan yang mampu membantu melebarkan saluran darah menjadi sedia kala dan tekanan akan berkurangan sekaligus menurunkan tekanan darah.
Antara simptom kesakitan yang boleh dirawat dengan mengamalkan buah mengkudu adalah tekanan darah tinggi, masalah haid untuk kaum wanita, mampu menjadi ubat ‘pain killer’ semula jadi, dan menyembuhkan penyakit jantung.
Dalam merawat penyakit jantung, buah mengkudu mempunyai 1001 kebaikannya tersendiri. Penyakit ini antara salah satu penyakit yang menjadi pembunuh nombor satu dalam kalangan masyarakat walau di mana berada. Penyakit Jantung akan menyerang apabila terjadinya penyempitan pada dinding atau saluran darah akibat pemendapan dan pengumpulan kolestrol dan lemak yang menyukarkan pengaliran darah masuk ke dalam jantung untuk dipam ke seluruh tubuh badan.
Amalan pemakanan yang tidak menentu, gaya pemakanan yang tidak sihat dan sentiasa mengalami tekanan adalah punca utama wujudnya penyakit jantung pada seseorang. Penghidap penyakit jantung akan menunjukkan beberapa gejala seperti kesakitan yang melampau didada, terutama dibahagian tengah dan melarat ke kawasan belakang tubuh. Ia akan berlaku apabila pesakit melakukan aktiviti fizikal sehingga tiada waktu yang mencukupi untuk berehat.
Buah mengkudu mempunyai kebaikan tersendiri dalam usaha merawat penyakit jantung. Beberapa kebaikan yang boleh anda temui dalam penggunaan buah mengkudu sebagai penawar semula jadi untuk menyihatkan tubuh badan anda. Khasiat daripada buah mengkudu dapat diperolehi dengan menjadikan jus mengkudu.

Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap