Thursday 21 February 2019

POKOK SERAI WANGI

February 21, 2019 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
SERAI WANGI ( Cymbopogon nardus (L.) rendle.)

Image result for POKOK SERAI WANGI

PENDAHULUAN
Serai wangi merupakan sejenis rumput yang berbau wangi dan mempunyai persamaan dengan serai makan. Serai wangi lebih kuat bau berbanding dengan serai makan.Serai wangi digunakan pada bahagian luar tubuh manakala serai makan boleh dimakan. Minyak yang dihasilkan dari serai wangi digunakan untuk membuat losyen (ubat disapu pada kulit), sabun dan juga untuk menghalau nyamok. Dikatakan bahawa serai wangi berasal dari India dan Sri Lanka dan baru diperkenalkan ke Malaysia.
CIRI - CIRI TUMBUHAN
Serai wangi tergolong dalam keluarga rumput yang berbau dan jangkahayatnya adalah panjang. Ia boleh tumbuh sehingga 1m hingga 1.5m. Daunnya berbentuk sesil iaitu tidak mempunyai tangkai daun, ringkas, hijau, lurus dan berlapis dan purata saiznya ialah 60cm x 2.5cm. Daunnya licin, urat daun selari dengan bahagian pangkal dan hujung daunnya tirus. Selaput daunnya adalah lurus dan bertindak sebagai batang. Rizomnya tegak dan kuat, menjalar, tahan lasak dan berwarna kekuningan apabila dipotong.
TABIAT TUMBUHAN
Serai wangi hidup secara liar di kebanyakkan negara seperti di Asia, Amerika dan Afrika. Di Malaysia kebiasaannya ditanam di bahagian belakang rumah. Serai wangi merupakan sejenis tumbuhan yang lasak dan boleh menyesuai dalam pelbagai jenis tanah dan iklim. Namun demikian ia tumbuh dengan baik pada keadaan tanah yang bersaliran baik dan subur. Serai wangi tidak boleh hidup dalam keadaan tanah yang mempunyai air bertakung dan di bawah teduhan. Ia boleh hidup dengan subur di kawasan lapang dan mempunyai cahaya yang cukup.
BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN
Daun
AMALAN TRADISI PERAWATAN
Minyak yang dihasilkan dari serai wangi digunakan untuk merawat "rubefacient" iaitu warna merah di bahagian kulit luar muka, Akarnya digunakan untuk merawat diuretik (kerap berlaku kencing) dan sudorifik atau diaporetik (berperanan sebagai dadah untuk merangsang pengeluaran peluh). Serai wangi juga digunakan untuk bertindak menghalau nyamuk dan juga digunakan untuk membuat minyak wangi dan pembuatan sabun. Di Malaysia, minyak ekstraknya yang cepat meruap dan menggunakan sedikit dos boleh merawat sakit perut dan penghadaman. Air rebusan daun serai wangi yang dipanas bersama dengan daun gendarusa dicampur dengan lada hitam digunakan untuk memandikan kanak-kanak selepas bersalin.

Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap