Tuesday 26 February 2019

SAWI

February 26, 2019 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
SAWI (Brassica spp)

SAWI - BEBERAPA TIP MENANAM

TANAMAN SAWI (Brassica spp) merupakan satu aktiviti penanaman sayuran jenis daun yang intensif. Sawi merupakan tanaman sayuran daun dengan nama saintifiknya Brassica sp. yang dipercayai dari keluarga Brassicaceae dan mempunyai banyak jenis atau varieti. Terdapat beberapa jenis sawi yang mudah ditanam di Malaysia diantaranya seperti Sawi Hijau atau choy sum (Brassica parachinensis)Sawi Putih atau pak choy (Brassica chinensis var. pekinensis Cruciferae)Sawi Mini atau bok choy (Brassica rapa chinensis), Sawi Bunga (Brassica rapa Cruciferae) dan juga Sawi Ropol. Dari segi jenis-jenis sawi lain yang ditanam ada banyak lagi apa lagi mengenai jenama dagangan sawi oleh penjual benih sawi. Terdapat banyak cara penanaman sawi termasuk sama ada secara konvensional diatas batas tanah, didalam sistem fertigasi, diatas batas, didalam SPH dan terkini telah ramai menanam sawi dengan menggunakan teknologi pertanian terkini iaitu mereka menggunakan pasu. Sawi merupakan sayuran daun singkat masa dimana dalam masa sebulan ianya boleh dituai atau dipetik sendiri jika ditanam dikawasan keliling rumah. Sawi juga merupakan diantara pilihan aktiviti pertanian bandar yang boleh aktiviti penenamnnya sesuai diperluaskan amalannya terutama dikawasan perumahan dibandar. Dalam sistem tanaman secara hidroponik, sawi dan salad merupakan pilihan utama untuk sistem tanaman ini. Sawi yang ditanam sendiri lazimnya adalah lebih segar, selamat dimakan dan paling penting ia dihasilkan sendiri oleh mereka yang berminat. Penanaman sayuran sawi dikawasan keliling eumah juga dilaporkan mempu menjimatkan kos keluarga. Artikel subuh Ahad ini selepas solat saya menulis artikek ke 4,033 dalam "Anim Agro Technlogy" beberapa tips menanam sawi sekadar dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Sawi diketahui merupakan sejenis dayur daun yang mengandungi banyak vitamin A,B,C,E,K, karbohidrat, protein, kalsium, kalium, zat besi dan magnesium. Ia juga sangat kaya dengan serat yang boleh membantu proses pencernaan. Banyak juga penyakit yang dipercayai boleh dihindarkan dengan mengamalkan makan sayur daun seperti sawi antaranya anemia, mengurangkan risiko penyakit barah, mengurangkan kadar kolestrol dalam darah dan mempercepatkan pembekuan darah semasa luka. Penanaman sayur sawi adalah mudah dilakukan jika mempunyai minat, kemahiran dan pengalaman menanamnya. Sawi sesuai ditanam pada pelbagai jenis tanah dengan kelembapan yang sederhana. Keperluan suhu pula dimana ia paling sesuai antara 25 - 35ºC. Pada keadaan yang terlalu lembap atau kekerapan hujan yang tinggi boleh menjejaskan kualiti daun sawi (Sila lihat foto disebelah). Cara menanam sayuran sawi secara konvensional adalah diatas sistem batas yang disyorkan berukuran satu meter lebar dan panjang bergantung pada luas kawasan. Batas perlu digemburkan dan ditambah dengan kompos dan baja organik. Rapikan tanah diatas batas sebelum menanam. Menanam sawi dijalankan dengan menggunakan biji benih sama ada ditanam terus atau disemai terlebih dahulu. Jika mshu benih sawi ditanam terus sebaiknya benih tersebut di tabur di atas batas selepas dicampur dengan pasir. Buat penjarangan selepas 10 hingga 14 hari ditanam. Bagi kaedah semaian selalunya biji benih sawi akan disemai dan disimpan di dalam rumah semaian selama lapan hingga 10 hari. Kemudian anak pokok boleh dipindahkan di atas batas. Selepas memindahkan anak benih, letak sungkupan (plastik silver shine, daun kering, jerami padi) di bahagian batas yang terdedah bertujuan mengekalkan kelembapan tanah dan mengawal pertumbuhan rumpai.


Penanaman sawi perlukan sistem pengairan yang baik kerana ia memerlukan banyak air dari mula menanam sehingga hampir menuai. Ini kerana air adalah sumber yang terpenting untuk tanaman selain cahaya matahari, karbon dioksida dan baja. Tanaman Sawi perlu disiram dua kali sehari pagi dan petang kecuali hari hujan menggunakan air bebas klorin. Kekurangan air boleh membantutkan pertumbuhan tanaman. Pengairan boleh dilakukan sama ada secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis bergantung pada kemampuan pengusaha. Pembajaan tanaman sawi dimulakan dengan menggunakan baja organik telah disediakan di peringkat awal semasa penyediaan tanah. Baja tersebut memadai bagi pertumbuhan awal anak pokok. Selepas dua minggu maka baja organik diberikan sekali lagi dengan anggaran antara 40 dan 50g per pokok.  Sebelum membaja pastikan juga tanah di sekeliling pokok digembur untuk tujuan bagi meningkatkan pengudaraan akar tanaman. Baja ditabur di keliling pokok tetapi jauh dari batang pokok. Tutup baja dengan sungkupan. Sebaiknya lakukan kawalan rumpai dari peringkat awal penanaman. Batas tanaman perlu sentiasa dibersihkan daripada rumpai sekurang-kurangnya seminggu sekali. Rumpai yang tumbuh di atas batas dibuang secara manual, manakala rumpai yang tumbuh di luar batas boleh dipotong dengan mesin pemotong rumput atau sabit. Ada juga sesetengah petani menggunakan alat membakar rumpai. Kaedah ini bukan sahaja berkesan mematikan rumpai dan biji benihnya, ia juga boleh membunuh telur serangga perosak yang bersembunyi di dalam tanah atau batas.


Antara jenis perosak dan penyakit yang menyerang tanaman diladang perlu dipantau dari peringkat awal. Diantara penyakit yang biasa menyerang sawi ialah reput daun, bintik daun dan reput lembut. Perosak seperti Ulat Ratus, Ulat Pangkas dan Kumbang Lentingadalah antara perosak yang mudah ditemui pada pokok sawi. Kehadiran perosak ini boleh dikawal dengan menggunakan jenis racun organik campuran iaitu cili padi, bawang putih, pudina, serai wangi, daun kesum dan beberapa repellent yang lain boleh membantu didalam mengurangkan serangan perosak dan penyakit sawi. Cara amalan agronomi seperti penanaman bergilir juga disyorkan sebagai kawalan penyakit ini. Penuaian sawi boleh mula dituai selepas 27- 30 hari ditanam (30 HLT) bergantung kepada umur pokok, saiz pokok, serangan perosak dan sebagainya. selalunya cara menuai sawi adalah dengan memotong bahagian pangkal paling hampir dengan tanah. Akar dibiarkan reput di batas. Kemudian sawi perlu dicuci kotoran tanah yang melekat pada sawi dengan air bersih. Kemudian rendam sawi di dalam air sejuk bersuhu 5ºC untuk proses prapenyejukan selama antara lima dan 10 minit. Ia untuk mengekalkan kualiti sawi dalam tempoh yang lebih lama. Bungkus hasil sawi dengan menggunakan plastik lutsinar yang berlubang untuk pengudaraan sawi. Selain itu jika sawi disimpan dalam suhu 10ºC didapati ia boleh tahan selama seminggu. Sayuran sawi selain daripada dimakan segar sebagai sayuram ianya juga digunakan dalam masakan mee goreng, mee kari, sawi jeruk dan sebagainya, Artikel ini diharap memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.

KUBIS

February 26, 2019 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/

KOBIS BULAT 2

Kobis Bulat (Brassica oleraceae var capitata) adalah sejenis tanaman sayuran dari keluarga Brassicaceae yang popular dikalangan petani di kawasan tanah tinggi Malaysia. Kobis Bulat adalah komoditi sayuran utama di kawasan seperti Cameroon Highland, Pahang dan Kundasang di Sabah. Pengeluaran kobis diseluroh dunia adalah sebanyak 234.87 juta metrik tan setahun dengan negara Belanda sebagai pengeluar kobis utama dunia. Kobis ditanam untuk digunakan sebagai sayuran, dimakan mentah sebagai salad atau diproses sebagai jeruk dan sebagainya. Terdapat seluas 914 hektar tanaman kobis di usahakan di Malaysia pada tahun 2009 dengan pengeluaran sebanyak 12,184 metrik tan bernilai RM 20.184 juta. Keluasan penanaman kobis bulat saya dapati  ini tidak banyak berubah pada tahun 2010, 2011 dan tahun 2013. Kawasan penanam kobis bulat utama di Malaysia ialah di Cameroon Highland Pahang (520 ha) dan Kundasang Sabah (276 ha) dan Lojing Kelantan (166 ha). Kobis juga ada ditanam di Sarawak, Kedah dan Terengganu secara kecil2an dinama saiz keluasan kurang dari 5 hektar. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi penanaman kobis bulat untuk rujukan dan bacaan anda berdasarkan pengalaman, rujukan kepad abuku teknikal dan pemerhatian yang dijalankan.


Antara perosak kobis adalah Serangga Ulat Plutella (Plutella xylotella Linn) yang memakan epidermis bahagian bawah daun terutama pada kobis muda. Plutella dewasa (Lihat foto sebelah) akan bertelur pada bahagian daun dan larvanya yang akan makan daun kobis. Daun-daun yang telah diserang menunjukkan lubang-lubang tembus cahaya. Jika serangan teruk, tunas kobis akan terbantut. Sembur racun Bacillus thuringiensis. Serbuk yang dibancuh dengan kadar 50 mg dalam seliter air. Gilirkan tanaman dengan tanaman jangka pendek. Sembur racun serangga seperti Permethrin (0.07% bahan aktif), Carbaryl, trichlorphon dengan kadar 0.1% bahan aktif Fermethrin (0.07% bahan aktif), triazophos (0.15% bahan aktif) dan Acephate (0.075% bahan aktif). Saya dapati serangan serangga ini mampu merugikan petani jika langkah kawalan tidak disempurnakan dari peringkat awal penanaman. Penanaman kobis bulat dikawasan tanah rendah lebih berpotensi untuk diserang serangga ini.



Perosak kobis yang lain adalah Ulat Pangkas (Agrotis ypsilon, Rott) dimana ulat ini lazimnya akan memotong batang anak benih muda di paras permukaan tanah dan memakan daunnya (Lihat foto sebelah). Serangga ini gemar kawasan tanah lembab oleh kerana peringkat larva tinggal di dalam tanah. Letak umpan seperti trichlorphon yang dicampur dengan dedah di keliling batang anak-anak benih. Sembur racun serangga seperti trichlrphon pada kadar 0.1% bahan aktif di sekeliling anak-anak benih. Perosak ketiga adalah Ulanah atau Ulat ratus (Prodenia litura) atau jenis lain (Spodoptera litura) yang memakan daun dan mengorek masuk ke dalam tunas. Ia juga menyerang semua peringkat tanaman kobis. Jika tanaman muda diserang dengan teruk, tunas kepala tidak akan terbentuk. Sembur racun serangga seperti trichlorphon pada kadar 0.1% bahan aktif. Ulang semburan tiap-tiap dua minggu bila bunga atau kepala sudah terbentuk.


Perosak keempat ialah Webworm Kobis (Hellula undalis F.) dimana ulat ini memakan daun dan selalunya merosakkan tunas. Menyerang kobis di semua peringkat. Larva yang kecil memakan epidermis di bawah daun. Larva yang besar mengorek batang, daun dan tunas. Akibat serangan serangga, tunas kepala tidak terbentuk. Sembur selang 4-7 hari dengan racun seperti trichlorphon 0.1% bahan aktif. Kumbang kutu (Foto sebelah) (Phyllotreta sinuate Ateph.) adalah perosak dimana pada peringkat larva ianya merupakan peringkat yang paling merosakkan. Larva yang baru menetas akan bergerak terus ke dalam tanah dan memakan akar di pangkal anak benih. Kumbang dewasa memakan daun yang mengakibatkan permukaannya berlubang-lubang halus. Sembur racun serangga seperti carbaryl, diazinon atau trichlorphon pada kadar 0.1% bahan aktif. Sembur pada tiap-tiap batas, selang 4 hari sekali.


Perosak terakhir ialah Bena atau Kutu Daun iaitu sejenis serangga berbadan lembut berwarna hijau kekuningan dan bersaiz kecil.Ada yang bersayap dan ada yang tidak. Serangga ini mempunyai mulut yang dikhaskan untuk menghisap cairan dari daun kobis. Biasanya kutu berkumpul di bahagian bawah daun. Kutu membiak dengan kadar yang cepat. Kutu menghisap cairan dari sel-sel daun. Akibatnya daun menjadi kuning dan kerekot, pokok menjadi terbantut dan mati. Anak-anak benih biasanya diserang teruk dan terus mati. Sembur dengan teliti racun serangga seperti Malathion, Endosulfan atau Diazinon pada kadar 0.1% bahan aktif. 

Tanaman kobis bulat juga diserang penyakit seperti berikut :-



1. Reput lembut (Erwinia carotovora)
Akar dan batang menjadi lembut dan berair, menyebabkan pokok layu. Akhirnya batang dan akar menjadi reput dan berbau busuk. Tiada kawalan kimia. Amalkan tanaman bergilir, elak melukakan pokok dan tanam di tanah yang baik salirannya.

2. Akar tongkol (Plasmodiophora brassicae)
Akar menjadi bengkak atau berbongkol-berbuku dan menjadi busuk. Cabut pokok yang berpenyakit, kawal rumpai, buatkan saliran yang elok dan sembur racun seperti calomel atau vapam dengan kadar 0.1% bahan aktif sebelum menanam.

3. Bintik daun (Cercospora spp.)
Daun-daun berbintik perang. Rawat biji benih dengan air panas selama 20 minit pada suhu 50oC.

4. Reput hitam (Xanthomonas campestris)
Penyakit ini kerap terjadi. Di awal serangan terdapat lekok hitam di bahagian tepi daun dan akan merebak keseluruhan daun. Urat-urat daun menjadi perang tua atau hitam. Seluruh daun akan menjadi kuning dan gugur. Bahagian dalam batang dan sistem akar menjadi hitam. Jaga kebersihan kawasan. Rawat biji benih dengan air panas selama 20 minit pada suhu 50 Celcius.


Pengutipan hasil kobis bulat bergantung kepada varieti ditanam dan juga kaedah pengurusan kebun . Bagi tempoh matang antara 60-80 hari selepas mengubah perlu dibuat persiapan sebelum kerja-kerja menuai seperti bakul, pusat pengredan, kemudahan pengangkutan dan sebagainya. Apabila kepala kobis bulat telah matang, warna daun menjadi lebih cerah dan kepala kobis menjadi mampat dan padat. Bahagian pangkal batang dipotong dan ditinggalkan 2-3 helai daun pembalut. Kobis yang telah matang dipotong menggunakan pisau tajam (Lihat foto sebelah) dan dikumpulkan didalam bakul. Bahagian daun disekeliling akan dibuang untuk mendapatkan bahagian bunga kobis yang berwarna hijau keputihan. Selepas itu kobis akan dibawa kepondok pengredan untuk dijalankan proses pengredan dan penjualan atau penghantaran dijalan seberapa segera.

Spesifikasi piawaian dan gred ini akan meliputi Kobis bulat (Brassica oleracea var. capitata Linn) bagi tujuan pasaran domestik. Spesifikasi piawaian dan gred ini hanya merangkumi kobis bulat yang diiimport dari Indonesia dan kubis bulat Cameron Highlands. Spesifikasi piawaian dan gred ini hanya digunapakai untuk kobis bulat yang telah dibuat perapian (trimming) yang minimum pada daun pelindung (wrapper leaves) dan tangkai. Terma-terma yang digunakan akan bermaksud (i) Ringan dan Berongga (ii) Berat dan Padat. 

LIMAU PURUT

February 26, 2019 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
POKOK LIMAU PURUT (Citrus Hystrix)

Limau Purut


Limau Purut (Citrus hystrix) atau juga dipanggil sebagai "Kaffir Lime" merupakan sejenis limau dari keluarga Rutaceae iaitu dari kumpulan Genus Citrus. Limau Purut dipercayai berasal dari Asia Tengara seperti Indonesia, Malaysia, Thailand dan Laos serta negara jiran yang lain. Pokok limau purut ditanam diseluroh dunia sebagai bahan tanaman herba atau tanaman hiasan dan ornamental dikawasan keliling keliling rumah. Keluasan tanaman limau purut di Malaysia yang saya buat kajian dengan Jabatan Pertanian tiada rekod rasmi kerana tanaman ini ditanam sebagai tanaman keliling rumah untuk kegunaan sendiri. Limau jenis ini dipanggil sebagai limau purut kerana bentuk buahnya yang mengerutu seperti purut atau seperti kulti katak puru. Selain itu bentuk daunya juga berbeza dengan limau jenis lain kerana ia seakan mempunyai bentuk 'Nombor 8'. Terdapat beberapa kajian mengenai varieti limau purut oleh beberapa saintis pertanian tetapi sehingga kini belum ada varieti khusus yang didaftarkan dibawah 'Nasional Listing Jabatan Pertanian'. Saya fikir kalau ada yang ingin bertanya saya katakan 'Varieti Lumau Purut Tempatan' sahaja. Maklumat dari beberapa sumber menunjukkan ramai petani di Johor, Kelantan dan Selangor yang menanam limau purut secara komersil tetapi ianya  bercampur dengan pokok buah2an yang lain. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis menganai teknologi penanaman dan maklumat mengenai limau purut untuk bacaan dan rujukkan anda.


Pokok limau purut mengeluarkan buah dan daun yang berbau harum dan digunakan dalam masakan tempatan (Masakan Rendang Daging/ Rendang Ayam, Masakan Tomyam, Sup Sayur, Masakan Sup Asam dan sebagainya). Daun limau purut mengandungi sejenis minyak yang beraroma wangi yang kuat iaitu bahan kimia yang dikenali sebagai Citrus hystrix sebanyak 14% bagi sabinine dan 15% bagi liminene. Daun limau purut sangat sesuai dikisat (blender) dengan buah mengkudu untuk menghilangkan rasa tidak enak jus buah mengkudu (305 biji buah mengkudu dimasukkan 2-3 helai daun limau purut).
Limau purut juga sering digunakan oleh pengamal perubatan tradisional atau bomoh sebagai bahan perubatan kerana sifat semulajadi limau tersebut yang menghasilkan bau harum. Buahnya mempunyai kulit yang mengerutu seperti kulit katak puru, berwarna hijau gelap dengan purata saiz 4 - 7 cm lebar. Daunnya mempunyai dua bahagian iaitu bahagian pangkal dan hujung dimana batangnya mempunyai duri tajam. Ketinggian pokok limau purut mampu mencapai 4 - 5 meter kalau ditanam diatas tanah. Biasanya pokok limau purut ditanam dalam pasu di keliling rumah.


Kawasan yang sesuai untuk tanaman limau purut di kebun ialah tanah liat lom yang subur, tidak banjir dan mempunyai kandungan bahan organan yang tinggi. Lubang penanaman berukuran 0.6 meter x 0.6 meter x 0.6 meter diisikan dengan Baja Triple Super Phosphate (100 gram), Baja Tahi Ayam (100 gram) dan 100 gram GML digaul sehingga rata. Jarak tanaman limau purut komersil yang disyorkan ialah 6 meter x 6 meter jika ditanam monokrop iaitu satu jenis sahaja. Bahan Tanaman (Anak Benih) daripada pokok induk yang dikenalpasti baik dan biakkan secara Tampang (Tut). Pilih anakbenih yang sihat, bebas dari penyakit serta mempunyai aroma yang kuat serta bersaiz agak besar daunnya. Jika ditanam dalam pasu, kita perlu sediakan tanah campuran dengan kadar 3:1:1 (Komposisi Tanah: Tahi Ayam: Pasir). Tanah campuran dimasukkan kedalam pasu sehingga paras 2 inci (5 cm) dari paras permukaan pasu dan mempunyai lubang air dibahagian bawah pasu. Pastikan pasu yang agak besar untuk mendapatkan hasil lebi baik dan letakkan dilikasi dimana ia menerima sinaran matahari yang mencukupi.


Penyiraman penting untuk pokok yang baru ditanam untuk 2-3 bulan pertama. Jadual pembajaan di ladang banyak menggunakan baja organik tahi ayam dengan kadar 5 kg/pokok dijalankan dua kali setahun pada peringkat tumbesaran (Tahun 1 - 3). Tabur baja urea dengan kadar 50 gm/ pokok setiap kali pembajaan. Keperluan baja limau purut untuk dalam pasu sebanyak 1 kg/pk dua kali setahun dan baja urea sebanyak 20 gm/ pokok/ tahun. Sungkupan pada keliling pokok limau purut perlu untuk tingkatkan kesuburan dan kelembapan tanah. Cantasan pembentukkan perlu dibuat peringkat awal dan juga cantasan penjagaan dengan membuang dahan kering atau yang kurang sihat. Cara membuat cantasan juga boleh diprogramkan dengan tuaian untuk tujuan pemasaran daun limau purut. Kawalan rumpai dengan manual iaitu dengan mencabut atau memotong menggunakan mesin rumput dan boleh menggunakan racun kimia (Jika perlu sahaja).


Antara muasaalah tanaman limau purut ialah serangan oleh sejenis serangga iaituUlat Pengorek Daun (Phyllocnitis citrella)Koya, Lalat Buah (Bactocera spp) dan Kumbang Cockchafer (makan pucuk muda). Kutip serangga perosak jika ia dijumpai pada pokok yang ditanam dalam pasu dan musnahkan. Sebaiknya elakkan daripada menyembur sebarang racun kimia pada pokok limau pueut kerana ia digunakan sebagai bahan makanan dan untuk tujuan kesihatan. Satu lagi yang saya perhatikan menyerang daun limau purut adalah Ulat Pelombong Daun (Leaf Miner) dimana menyebabkan kualiti daun limau ini terjejas. Penyakit pokok limau purut yang mungkin ujud adalah seperti Citrus Greening Disease (CGD), Reput Akar dan Antraknos (Collectotricum spp). Kawalan serangga perosak dan penyakit boleh dilakukan secara bersepadu dengan kaedah manual dan kimia.


Pokok limau purut mula berhasil selepas 2-3 tahun ditanam di ladang tetapi jika menanam anakbenih yang besar dalam pasu, ia boleh dipetik dalam masa singkat unuk kegunaan sendiri dirumah. Pokok limau purut tidak menghasilkan buah yang banyak berbanding dengan limau lain kerana kadar bunga dan pembentukkan buah limau purut adalah sangat rendah. Pemerhatian penulis mendapati anggaran hasil cuma lingkungan 100 gram/pokok pada tahun ke 3 meningkat kepada 500-800 gram/ pokok pada umur 5-10 tahun. Penghasilan daun lebih penting untuk tanaman limau purut dikeliling rumah. Aktiviti memetik daun limau purut lazimnya akan melambatkan lagi pokok mengasilkan bunga dan buah. Kempen Bumi Hijau oleh Jabatan Pertanian menggalakkan penanaman limau purut sebagai pilihan. Kepada ada yang belum ada menanam pokok limau purut dirumah boleh membeli anakpokok dipasar tani atau nurseri terdekat untuk kegunaan sendiri. Wasallam!.

MAS COTEK

February 26, 2019 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
MAS COTEK (Ficus Deltoidea)

Mas Cotek

2
Mas cotek 1
Daun dan buah Mas cotek
(Sumber: Foto daripada http://www.majalahsains.com/mas-cotek-tumbuhan-herba-ajaib/)
Pengenalan
Mas cotek adalah sejenis tumbuhan herba yang digunakan dalam perubatan Melayu. Nama saintifiknya ialah ‘Ficus Deltoidea’, lebih dikenali sebagai Sempit-sempit di negeri Sabah, Sarawak dan Kepulauan Kalimantan. Terdapat juga suku kaum di Sabah menggelarnya sebagai ‘agoluran’.
Deskripsi
Terdapat 2 jenis Mas cotek iaitu mas cotek jantan (berdaun kecil) dan mas cotek betina (berdaun besar). Mas cotek diberikan nama berdasarkan kewujudan bintik-bintik halus berwarna emas (kuning) di permukaan atas setiap helaian daun. Mas cotek jantan berbeza dengan mas cotek betina dari rupa bentuk daunnya yang kecil, tirus, nipis dan ringan berbanding mas cotek betina. Di belakang mas cotek jantan juga terdapat bintik merah.
Mas cotek 2
Mas cotek jantan dan mas cotek betina
(Sumber: Foto daripada http://www.khasiatherba.com/herba/khasiat-mas-cotek.html)
Kegunaan Tradisional
Mas cotek digunakan secara tradisional untuk mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Selain itu, ia digunakan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. Selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan (sebanyak 3-5 biji sehari) untuk menyihatkan badan. Antara penyakit lain yang dapat dibantu adalah seperti berikut ;
  1. Mengeluarkan toksin dalam badan
  2. Melancarkan perjalanan darah
  3. Gout
  4. Membuang kolestrol dan lemak
  5. Buasir
  6. Migraine /sakit kepala
  7. Senggugut
  8. Sakit pinggang
  9. Keletihan
  10. Masalah tidur
  11. Merangsang hormon Lelaki
  12. Sakit lutut
  13. Mencantikkan dan melicinkan kulit
Kegunaan Mas Cotek secara tradisional masih dalam kajian. Walaubagaimanapun, bagi penyakit-penyakit di atas, keberkesanannya masih belum dapat dibuktikan secara ujian klinikal.
Kesan sampingan/interaksi
Kebanyakan kajian menyatakan Mas cotek selamat digunakan. Namun, pengambilan ubat-ubatan tradisional yang berlebihan dalam jangka masa panjang boleh mengganggu fungsi hati dan buah pinggang. Contoh kesan sampingan yang biasa ditemui seperti alahan kulit, kerosakan buah pinggang dan fungsi hati.
Nasihat kepada pengguna
Memandangkan penggunaan ubat-ubatan tradisional semakin mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia, isu keselamatan, keberkesanan dan kualiti ubat-ubatan tersebut harus dititikberatkan. Pengguna disarankan memilih produk tradisional yang telah didaftarkan dengan KKM dengan nombor pendaftaran yang sah. Disamping itu, pengguna dinasihatkan mendapat khidmat nasihat daripada ahli farmasi atau doktor sekiranya ingin mengambil ubat-ubatan tradisional bersama ubat-ubatan moden.
Pesakit yang mengalami penyakit-penyakit kronik dinasihatkan merujuk kepada hospital dan pakar perubatan profesional kerana ubat-ubatan tradisional ini hanyalah rawatan alternatif. Pengguna juga dinasihatkan segera berjumpa doktor sekiranya mengalami alahan yang teruk atau kesan sampingan yang berterusan apabila mengambil produk tradisional tersebut.
Di samping itu, pengguna harus berhati-hati terhadap cara penyediaan ubat-ubatan tradisional kerana proses penyediaan dan penyimpanan juga mempengaruhi kebersihan dan keselamatan produk tersebut. Dos yang berlebihan juga boleh mengundang bahaya terhadap kesihatan. Oleh itu, pengguna boleh mendapat nasihat daripada pakar dan badan bertauliah seperti Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan IMR sekiranya ingin mendapat kesahihan maklumat produk herba berkaitan.

POKOK KARI

February 26, 2019 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
POKOK KARI (Murraya koenigii)

POKOK DAUN KARI

POKOK DAUN KARI (Murraya koenigii) adalah sejenis tumbuhan jenis renek yang diambil daunnya untuk djadikan bahan masakan terutamanya masak kari. Tumbuhan tropika dari keluarga Rutaceae ini dipercayai natif di India dan Sri Lanka tetapi ia juga sesuai untuk tumbuh di negara kita Malaysia sebagai tanaman keliling rumah yang sangat penting. Boleh dikatakan tanaman ini menjadi salah satu daripada tanaman yang popular untuk program 'edible landscape' atau 'Program Bumi Hijau' yang ditanam diatas tanah keliling rumah atau dalam pasu atau bekas khas. Daun kari yang dipetik mempunyai bau yang sangat kuat dan ia mempunyai rasa yang pahit jika dimakan segar. Saya dapati daun kari dahulu hanya digunakan oleh kaum India di negara kita tetapi kini telah diterimapakai oleh semua kaum terutama orang-orang Melayu. Selain daripada digunakan sebagai campuran dalam masakan gulai kari, daun kari juga digunakan dalam masakan lain seperti rasam, chutney, maruku dan banyak lagi. Saya memang sentiasa menanam pokok kari dikawasan rumah dimana-mana saya tinggal. Ini kerana ia tidak perlu dibeli dikedai atau pasar untuk mengambil daun kari sebelum memasak. Lazimnya saya tanam satu pokok dalam pasu dan beberapa pokok lagi diatas tanah yang sesuai. Artikel pada tengahmalam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman pokok kari (Curry tree) untuk dijadikan bacaan dan rujukkan pembaca semua.


Pokok Kari adalah jenis tumbuhan renek yang tumbuh menegak dengan beberapa cabang dan boleh mencecah ketinggian sehingga 4 - 6 meter. Bagaimana pun ketinggian ini dapat dikawal dengan menanamnya dalam pasu yang mudah kita petik dan dijadikan macam tanaman 'bonsai' (Lihat foto sebelah). Batangnya berkayu dengan ukurlilit batang mampu membesar sehingga 40 cm dan mempunyai kulit berwarna coklat kehijauan bergantung kepada kedudukan batang atau cabang. Daun pokok kari berada dalam tangkai daun dengan bentuk daun dikenali sebagai 'pinnate' dan susuna bertentangan pada tangkai. Warna daun adalah hijau dan agak berkilat. Kajian dan pemerhatian yang saya buat mendapati bilangan laidaun setiap tangkai adalah sekitar 11 - 21 helai daun (satu helai daun berada dihujung sekali). Ukuran saiz daun sekitar 1-2 cm lebar dan 2-4 cm panjang. Bahagian daun ini adalah bahagian paling penting pada tumbuhan untuk diambil dan digunakan.


Pokok kari dewasa mempunyai bunga bersaiz kecil dengan kedudukannya didalam jambak bunga. Bunganya berwarna putih dan ia mengeluarkan bau harum yang kuat apabila kembang penoh (Sila lihat foto sebelah). Bunga ini ada yang dikutip untuk dijadikan pelbagai tujuan tetapi apabila berlaku proses pendebungaan, maka pokok kari akan menghasilkan buah berbentuk buah berry kecil berbentuk bulat yang lazimnya berwarna kehitaman. Didalam buah tersebut terdapat beberapa biji halus yang dikatakan beracun dan tidak boleh dimakan. Biji ini boleh dikutip dan dijadikan benih untuk penanaman walau pun ia jarang-jarang dibuat sendiri dirumah. Lazimnya pembiakan pokok kari boleh dibuat dengan 'keratan batang' atau pun paling mudah dengan mengambil anak pokok yang terdapat disekeliling pokok kari. Kalau lebih mudah beli sahaja pokok kari yang dijual dipasar malam atau kedar nurseri yang berhampiran. Harga jualan anak pokok kari murah sahaja diantara RM 2.00 - RM 5.00 sepokok bergantung kepada saiz dan kualiti pokok yang dijual.


Daun kari yang matang boleh dipetik dengan mengambil setiap helai daun dan meninggalkan tangkai daun atau memotong sahaja pelepah daun yang terdapat pada pokok (Lihat foto sebelah). Kita tidak perlu bimbang pokok kari akan mati apabila diambil dunnya kerana ia sejenis pokok yang lasak dan mudah tumbuh dahan dan ranting baru kalau pokok tersebut subur. Daun yang dipetik boleh terus digunakan dalam masakan atau tujuan lain tetapi jika kita hendak menyimpannya, sila masukkan daun tersebut didalam plastik jernih dan simpan dalam peti sejuk (Bahagian sayuran). Saya dapati ia boleh tahan melebihi 2 minggu dalam keadaan yang masih segar dan aroma yang kuat. Apakah masakkan yang sedap menggunakan daun kari?.... Sudah tentu masakan Kari Ayam, Kari Ikan, Kari Daging atau pelbagai jenis kari lain yang dimakan dengan nasi, roti canai atau pun roti bertambah enak dengan aromadari daun kari. Tanpa daun kari saya fikir hilang sedikit kelazatan gulai kari tersebut. Semuga pembaca blog anim agro ini mendapat info. Wasallam!..
Daun kari dijadikan hiasan pada ayam goreng berempah.
DAUN KARI.... IA DAUN BERGUNA...
PENYEDAP MASAKAN...KARI UTAMA...
SENANG DITANAM....DIMANA SAJA....
DIDALAM PASU... DI RUMAH KITA...

Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap