Monday 14 October 2019

TEMU LAWAK

October 14, 2019 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
Temulawak (Curcuma zanthorhiza) merupakan sejenis umbisi daripada keluarga Zungiberaceae yang semakin penting dalam dunia herba (Sila lihat foto disebelah). Kandungan utama umbisi dari temulawak ialah seperti protein, karbohidrat, dan minyak ekstrak yang terdiri daripada camphor, glukoside, turmerol dan curcumin. Bahan Curcumin adalah unsur yang berguna sebagai anti inflamasi (anti radang) dan anti hepototoksik (anti keracunan hempedu). Temulawak memiliki kesan farmakologi iaitu sebagai bahan hepatoprotektor (mencegah penyakit hati), menurunkan kadar kolesterol, anti inflamasi (anti radang), diuretik (peluruh kencing), dan menghilangkan sakit sendi. Selain daripada itu, meningkatkan nafsu makan, dan membersihkan darah. Penanaman temu lawak di Malaysia masih ditahap kurang memberangsangkan. Petani yang ditemui menyatakan kesukaran untuk mencari pembeli dengan ketidaktentuan harga ladang menyebabkan ia kurang ditanam secara komersil.

Image result for TEMULAWAK.AGRO
Image result for TEMULAWAK.AGRO

PERIA

October 14, 2019 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/

Peria 

                                                      Penanaman peria katak varieti 321 yang di Tanam oleh En Murad 
di Kelompok Kg Paya Mas Tangkak, Ledang Johor 
kelolaan Jabatan Pertanian.
Peria  (Momordica charantia) dari order Cucurbitaceae adalah sejenis sayuran menjalar yang mempunyai permintaan yang baik terutama digunakan sebagai ulaman untuk ubatan oleh masyarakat tempatan. Peria katak berbeza dengan peria biasa dengan ciri-ciri pada kulit yang mengerutu dan berwarna hajau gelap. Peria katak asli (Liar) tumbuh dikawasan yang mendapat sinaran matahari dan mengeluarkan buah yang kecil , berwarna hijau gelap serta sedikit. Jenis Peria Katak Komersial pada masa ini ditanam menggunakan benih hybrid Taiwan No 321 yang lebih komersial. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi penanaman peria katak untuk bacaan dan rujukkan pembaca semua.

Peria Katak No 321 merupakan satu varieti yang sesuai untuk di komersialkan dan harga satu tin benih hybrid antara RM 400.00 - RM450.00 satu tin yang hanya boleh ditanam sekali sahaja (F1). Pada masa ini terdapat seluas kira-kira 26 hektar CHE keluasan tanaman peria katak di usahakan di Daerah Muar dan Ledang. Kawasan tumpuan penanaman peria katak di sekitar Bandar Tangkak, Kg Solok, Sagil dan Sengkang. Kawasan lain adalah disekitar Pagoh, Ledang dan juga kawasan Sungai Balang, Muar. Peria Katak disukai penanam sayur kerana kurang kadar serangan oleh lalat buah jika ditanam dikawasan yang baru dibuka.

KACANG PANJANG

October 14, 2019 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/

KACANG PANJANG

KACANG PANJANG (Vigna sesquapedalis L) merupakan sejenis tanaman sayuran jenis buah dari keluarga Fabaceae (Dulu Leguminaceae) yang ditanam di Malaysia. Tumbuhan ini ditanam secara komersil oleh petani tempatan untuk pasarandomestik dan juga pasaran ekspot. Dalam Bahasa Inggeris ianya juga di panggil sebagai Yardlong Bean, Snake Bean, Bora, Long-poded cowpea dan Asparagus bean. Pemerhatian saya mendapati, sayur kacang panjang ditanam dengan sistem para terutama teknologi 'Para Trellis' dimana ianya adalah ekonomik, praktikal dan mudah diuruskan. Keluasan tanaman kacang panjang di Malaysia adalah 3,020 hektar pada tahun 2011 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 41,680 metrik tan yang dianggarkan bernilai RM 102.2 juta. Kacang Panjang adalah jenis sayuran buah yang ke dua popular ditanam di Malaysia selepas tanaman Cili Besar (Capsicum annum). Jika dibandingkan dengan tahun 2005 seluas 2,866 hektar kacang panjang ditanam adalah turun naik bergantung kepada banyak faktur iaitu seluas 3,319 hektar (2006), 2,781 hektar (2007), 2,772 hektar (2008) dan 2,614 pada tahun 2009. Kajian saya daripada beberapa kebun yang menanam kacang panjang di Johor mendapati anggaran purata hasil kacang panjang sekitar 14 metrik tan sehektar. Kacang Panjang dimakan segar sebagai ulam, di masak tumis, sayur campur, Bahan ramuaan nasi goreng dan sebagainya. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis kosting dan juga teknologi penanaman Kacang Panjang dalam 'Anim Agro Technology' untuk dikongsi bersama pembaca blog ini.

Kacang Panjang adalah jenis tanaman semusim yang memanjat dengan batangnya yang akan melilit kayu sokongan atau tali sokongan pada sistem trellis. Daunnya yang berwarna hijau mempunyai bentuk seperti dengan hujung tirus berukuran 6 -10 cm panjang dan 4 - 10 cm lebar. Bunga kacang panjang keluar daripada celah ketiak daun dan warna bunga bergantung kepada varieti sama ada putih, ungu atau kemerahan. Varieti kacang Panjang belum di senaraikan didalam Daftar Varieti Kebangsaan Jabatan Pertanian tetapi apa yang saya perhatikan, dua varieti popular yang di tanam adalah jenis Kacang Biji Putih dan Kacang Panjang Biji Hitam. Antara varieti yang dijual di pasaran seperti Benih GreenEagle No 388(Biji Hitam - Wira Black Seed), No. 389 (Black Seed Purple Seed), No. 391 (Black Seed Dragon Snake Seed), No 395 (Dwarf long bean), No 398 (White Seed Longbean), No 318 (Snow white), No 350 (Black Soldier) dan juga No. 399 (Red Cloud Longbean). Ramai petani yang menggunakan benih kacang panjang sendiri dengan kaedah pembiakbakaan pemilihan (Selection process) berdasarkan kepada pengalaman petani sendiri selama beberapa musim menanam kacang panjang.

SERAI

October 14, 2019 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/

SERAI


Serai (Cymbopogon spp) merupakan sejenis tanaman renek (herbs) dari keluarga Poaceae (Dulu Graminanea) sama dengan keluarga jenis tumbuhan rumput. Serai dipercayai mempunyai sebanyak 37 jenis tetapi di Malaysia terdapat 2 jenis serai yang dikomerssilkan  dan banyak ditanam iaitu Cymbopogon citratus dan juga Cymbopogon flexus. Dalam bahasa Inggeris serai di panggil 'Lemon Grass' atau kalau di melayukan jadi Rumput Limau atau Oil Grass. Jenis Cymbopogon citratus merupakan jenis yang banyak di tanam di Malaysia sementara Cymbpogon flexus banyak di tanam di negara India.

PISANG

October 14, 2019 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/

POKOK PISANG

TANAMAN PISANG (Musa spp) merupakan satu komoditi penting dikebanyakan negara tropika sebagai tanaman bernilai ekonomi. Pisang adalah nama biasa yang diberikan pada tumbuhan berdaun besar memanjang dari keluarga Musaceae. Pokok pisang umumnya mempunyai beberapa jenisnya untuk ditanam seperti Musa acuminata, Musa balbisiana dan Musa paradisiaca dimana ia menghasilkan buah yang boleh dimakan segar atau diproses. Buah Pisang unik kerana ia tersusun dalam tandan dengan susunan yang ada jejjari atau selalunya disebut sisir pisang. Hampir semua buah pisang memiliki kulit berwarna kuning ketika ianya telah matang walau pun ada jenis pisang yang masak akan berwarna jingga, merah, hijau, ungu atau malahan ada juga yang berwarna hampir hitam. Buah pisang sebagai bahan makanan penting merupakan sumber tenaga terutama zat karbohidrat dan mineral terutama zat kalium (K). Tumbuhan ini sesuai tumbuh dikawasan beriklim tropika yang panas dan lembap terutama di dataran tanah rendah. Kawasan dimana ia menerima hujan merata sepanjang tahun biasa ia sesuai dengan tanaman pisang yang mampu menghasilkan buah pisang sepanjang tahun. Negara Asia Tenggara, Kepulauan Pasifik, negara-negara Amerika Tengah dan Brasil dikenal sebagai negara utama pengeluar buah pisang sehingga pasaran eksport.

BETIK

October 14, 2019 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/

BETIK


BETIK (Carica papaya L.) adalah sejenis tanaman jenis buah-buahan tropika yang ditaanam di Malaysia untuk tujuan domestik dan ekspot dari keluarga Caricaceae. Tanaman betik pada tahun 2010 dilaporkan seluas 3,403 hektar dengan hasil sebanyak 49,790 metrik tan. Tanaman betik paling luas di tanam di Kedah (1,274 hektar) dengan Daerah Padang Terap merupakan daerah paling luas menanam betik iaitu seluas 1,224 hektar pada tahun 2010. Negeri lain yang luas menanam betik adalah Pahang (845 hektar di Daerah Temerloh dan Bentong) dan Negeri Johor (345 hektar – Daerah Muar dan Segamat). Tanaman betik juga dikenali juga sebagai 'paw-paw', Gandul (Indonesia), Papaya (English) dan pelbagai lagi iaitu merupakan sejenis tumbuhan herba jenis saka yang hidup sederhana singkat. Tanaman ini dipercayai berasal dari West Indies atau Mexico. Betik mengandungi banyak vitamin, zat2 galian dan dapat membentu mencernakan serta elakan sembelit. Artikel kali ini penulis berbicara dalam "Anim Agro Technology" tentang teknologi tanaman betik berasaskan pengalaman penulis menjalankan tanaman betik di projek TKPM dan pengalaman mengajar dalam bidang pertanian.


1. KEPERLUAN MENANAM BETIK
Kajian saya mendapati tanaman betik di Malaysia terdapat beberapa jenis betik yang dibiakbaka secara tempatan dan juga beberapa jenis yang diimpot dari luar negeri. Betik tempatan diperolehi dari pemilihan beberapa varieti jenis tempatan seperti Batu Arang, Morib, Subang 6, Taiping 3, Serdang 1 dan Sitiawan mempunyai isi yang berwarna merah. Jenis-jenis yang dibiak di luar negeri mempunyai isi berwarna kuning dan diantaranya ialah Sunrise Solo dan Honey Dew. MARDI telah mengeluarkan Betik Eksotika 1 dan Eksotika 2 dan merupakan jenis kacukan yang mempunyai kualiti buah-buahan yang baik. Jenis betik Piola merupakan betik yang berasaskan dari betik Eksotika 3 yang di promosikan oleh MAFC untuk tujuan domestik dan ekspot yang banyak ditanam di kawasan Lanchang. Pahang.



2. KEPERLUAN AGRONOMI BETIK
Betik adalah tanaman singkat masa sederhana yang hidup antara 1-4 tahun bergantung kepada pengurusan yang dijalankan. Pokok betik mempunyai batang menegak dan mampu hidup sehingga 5m dengan daun berwarna hijau. Buah betik berbentuk lonjong (Buah Hemaprodite) dan agak Bulat (Buah Betik Betina - Foto sebelah). Buah hemaprodite mempunyai rasa yang lebih baik dan harga lebih tinggi dari betik betina. Pokok betik ada yang di panggil sebagai ‘Pokok Jantan’ dimana hanya bunga sahaja dikeluarkan dan tidak ada buah .
Keperluan tanaman betik adalah seperti berikut:-

i. Faktor Iklim
Betik sesuai ditanam di kawasan-kawasan yang mendapat taburan hujan yang sama rata sepanjang tahun. Keperluan hujan tidak kurang dari 1,200 mm setahun dan keadaan kemarau boleh menyebabkan keguguran bunga-bunga betik. Suhu sesuai untuk tanaman betik ialah diantara 21-33oC. Tidak sesuai ditanam di kawasan yang mengalami tiupan angin kencang kerana pengakarannya yang cetek pokok mudah tumbang. Betik ditanam di Malaysia dikawasan tanah baru, kawasan tanaman semula getah atau kelapa sawit dan TKPM.

ii. Faktor Tanah
Kawasan tanaman betik memerlukan tanah yang bersaliran baik. Jenis tanah yang mudah dibanjiri air adalah tidak sesuai. Bagi tanah-tanah yang sederhana sesuai atau bermasalah betik boleh ditanam dengan pengurusan yang bersesuaian bergantung kepada masalah yang dihadapi. Masalah tanah yang kurang subur diatasi dengan program pembajaan yang disyorkan dan gunakan tambahan baja organik. Caranya ialah dengan membajak atau mengemburkan lapisan padat (di bawah 50 cm) atau berbatu dan pecahkan lapisan padat dan buang batu-batu jika perlu. Kemudian buat batas atau timbunan (Kawasan tanah berpaya) dan juga sediakan lubang tanaman yang sempurna dan ikuti program pembajaan yang disyorkan. Kawasan tanaman betik mesti mempunyai sistem saliran yang sangat baik. Kawasan yang curam dan bercerun perlu mengelakkan hakisan tanah dengan menanam penutup bumi atau menanam mengikut kontor, membina teres atau tapak pentas. Sediakan parit kontor dan lain-lain.


BENDI

October 14, 2019 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
Kacang Bendi atau Okra (Hisbiscus esculentus) merupakan sejenis sayuran dari Keluarga Malvaceae yang mudah ditanam dengan adanya ilmu pengetahuan mengenai teknologi penanaman bendi. Bendi yang ada di Malaysia kini dipercayai berasal dari Afrika Tengah dan banyak di tanam di Negeri Johor, Perak, Kelantan serta Pulau Pinang. Di Johor sahaja seluas 390 hektar di tanam pada tahun 2008 dimana daripada jumlah tersebut seluas 90 hektar ditanam di Daerah Muar dengan pengeluaran sebanyak 1,620 metrik tan setahun. Artikel ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan dengan teknologi Bendi berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis yang berkecimpong dalam bidang pertanian hampir 30 tahun.

Nama lain bendi adalah Okra ; Lady's finger (English), Gambo (Indonesia), Kacang Bendir; Sayur Lendir ; Bendi ; Sayur Bendir (Malaysia), okra ; saluyot ; haluyot (Filipina), krachiap-khieo (Thailand), yau-padi (Myanmar) dan poot-barang (Cambodia). 

a). Bendi dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara (okra) tetapi ditanam dimerata dunia termasuk Afrika, India dan Brazil. Kebanyakan bendi diguna segar sebagai sayuran (segar mentah, di rebus atau digoreng) dan dibuat jeruk. Biji bendi boleh di buat 'Serbuk Kopi" semantara daunnya untuk makanan ruminan dan batangnya diproses jadi fiber.

Pokok bendi ini mampu macam pokok Bunga Raya dan Pokok Kapas merupakan tanaman Jangka pendek yang boleh di Ratoon menjadi tanaman tahunan. Pokoknya mampu hidup sehingga ketinggian memlebehi 2 meter jika dibiarkan. Daunnya berbentuk palmenate yang ada jejari serta mempunyai permukaan yang agak kasar. Batangnya agak lembut ketika muda dan keras sederhana keras. Bunga bendi berwarna kuning dengan ukuran 4 - 8 cm garispusat (Lihat foto sebelah) . Pendebungaan dilaksanakan oleh serangga seperti lebah, rama-rama, kumbang, semut dan sebagainya. Buah bendi yang terbentuk dicelah batang dengan dahan berwarna hijau dan apabia dipetik untuk dimasak mengeluarkan sejenis 'Lendir'. Bagaimana pun lendir ini mudah hilang apabila dimasak dengan masukkan jus limau atau cuka kepada mereka yang tidak sukainya.

Terdapat 2 jenis bendi yang popular di Malaysia iaitu Jenis 5-segi dan Jenis 7-segi. Pengguna di Selatan Semenajung Malaysia mengemari jenis 5-segi berbanding di bahagian Utara Semenanjung yang minat Bendi 7-segi (Kedah, Penang , Perak dan Perlis). Bendi didapati kaya dengan zat makanan seperti Kalsium (77 mg/ 100gram), Protin (1.7 g), Lemak (0.1 g), Kabohiderat (5.9 g), Karotin beta (200 mcgm), Asid Askorbik (19.3 mcgm) dan Tenaga 129 kj (31 kilo kalori) lain-lain lagi. Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi. Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.
Bendi yang dtanam diatas tanah mineral yang subur akan memberikan hasil yang tinggi dengan Amalan Pertanian Baik (APB). Kawasan tanaman perlu dibajak 2 minggu sebelum menanam dan di naikkan batas-batas menggunakan trektor atau manual. Bubuh Kapur sebanyak 2 mt/ha ditabur dan kemudian dibubuh baja organik (Tahi ayam) dengan kadar 3-5 mt/ha sebelum di tutup dengan plastik silvershine dengan anggaran keperluan sebanyak 20 gulong sehektar. Plastik silvershine ini dapat membantu menjaga kelembapan tanah, meningkatkan kehilangan baja, mengawal serangga perosak dan mengawal rumpai.

TERUNG

October 14, 2019 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/

 TERUNG

TANAM TERUNG CARA FERTIGASI merupakan satu kaedah penanaman moden yang semakin menarik minat petani di Malaysia. Terung Panjang (Solanum melongena) atau Terung Bulat (Eggplant) merupakan tanaman sayur buah dari keluarga Solanaceae. Penulis blog membuat pemantauan penanaman terung secara fertigasi di Projek TKPM Inderapura, TKPM Pulau Manis, TKPM Kuantan di Pahang untuk berkongsi teknologi tersebut. Pengeluaran hasil buah cili, melon wangi dan tomato telah meningkat sebanyak 3 - 5 kali ganda jika ditanam cara fertigasi iaitu berbanding dengan cara penanaman secara konvensional. Permintaan petani dan usahawan untuk menggunakan sistem ini semakin meningkat terutama untuk penanaman tanaman jangka masa singkat seperti Terung (Solanum melongena), Timun (Cucumis sativus), Melon (Cucumis melo), Cili (Capsicum annum), Peria (Momordica charantia) dan beberapa jenis tanaman lagi. Penanaman terung secara fertigasi boleh dilakukan menggunakan sistem fertigasi secara terbuka atau di bawah struktur pelindung hujan (SPH) tanpa jaring kalis serangga. Ini kerana penanaman terung di bawah SPH dengan jaring kalis serangga menghalang proses pendebungaan sekali gus ia akan mengurangkan hasil tanaman terung. Penanaman terung secara fertigasi telah terbukti memberi hasil yang tinggi pada kos yang efektif. Perusahaan penanaman terung secara fertigasi menunjukkan daya maju ekonomi yang memberangsangkan dan teknik ini mampu menjadi pilihan alternatif kepada usahawan tani. Kaedah penanamn cara fertigasi yang dilakukan ini menggunakan Teknologi Fertigasi Terbuka diatas Tanah, Teknologi Tanaman Fertigasi Terbuka Dalam SPH dan terkini Teknologi Tanaman Fertigasi Gantung.

ULAM RAJA

October 14, 2019 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/

ULAM RAJA


Ulam Raja (Cosmos caudatus) merupakan sejenis ulam dari famili Compositae yang popular di Malaysia di samping ulam-ulaman lain seperti Tenggek Burung, Jering, Petai, Daun Cekur, Timun, Terung Lalap dan sebagainya. Ulam raja juga di panggil dengan epbagai nama di negara lain iaitu King Salad, Cosmos, Kenikir ; Randa midang (Indonesia), Ulam Raja ; Intan Berayun; Pelampong (Malaysia) ; Cosmos ; Turay-turay; Onwad (Filipina), Daoruang khana; Kkamhae (Thailand). Ulam Raja juga ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Kebanyajan ulam raja di tanam dalam pasu keliling rumah untuk kegunaan sendiri tetapi petani komersil menanamnya dalam kebun. Tidak ada angka rasmi keluasan tanaman ulam raja di Malaysia tetaapi penulis mengganggarkan sekitar 140 - 175 hektar. Artikel ini ditulis sebagai berkongsi pengetahuan berkaitan tanaman ulam raja berdasarkan pengalaman penulis sebagai pegawai pertanian dan membuat banyak rujukan dari buku-buku teknikal dan maklumat dalam laman web.


Ulam Raja biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya. Tumbuhan ini sesuai ditanam di semua jenis tanah dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara ASEAN seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan sebagainya. Kajian dimakmal menunjukkan yang ulam raja mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.

KANGKUNG

October 14, 2019 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
KANGKUNG (Ipomoea spp) merupakan sejenis tanaman dalam kategori sayur daun yang popular di negara kita untuk pasaran domestik. Kangkong tergolong dalam famili Convolvulaceae ddipercayai ia berasal dari India. Kangkong di negara Cina dikenali sebagai 'Weng cai' yang juga merupakan satu jenis tanaman sayuran penting untuk kegunaan harian. Di negara barat pula, kangkung biasa disebut swamp cabbage, water convolvulus, atau water spinach. Kangkung terbahagi kepada dua jenis iaitu Jenis Kangkung Darat (Impomea reptans) dan Jenis Kangkung Air (Impomea aquatica). Perbezaannya boleh dilihat pada bentuk daun, batang dan warna bunga. Kangkung darat berdaun tirus, batang berwarna hijau cerah dan bunga putih. Manakala kangkung air pula berdaun agak lebar, batang lebih besar dan hijau tua, bunga kemerah-merahan. Kangkung darat boleh ditanam di batas seperti sayur lain, tetapi kangkung air hanya hidup di kawasan yang berair. Keluasan tanaman kangkong di Malaysia seperti dilaporkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia seluas 2,600 hektar dengan anggaran pengeluaran sebanyak 125,500 metrik tan yang bernilai RM 14.6 juta setahun (Laporan Tahunan Statistik Jabatan Petanian Malaysia 2013). Terdapat banyak khasiat pada kangkung, antaranya sebagai antitoksik, sedatif, antiradang, deuratik dan dipercayai boleh menyejukkan badan. Kangkung juga kaya dengan vitamin A, B, C, protein, fosforus dan karoten. Artikel petang Ahad ini dalam hujan ribut diluar rumah saya menulis dalam "Anim Agro Technology" iaitu mengenai Kosting tanaman kangkong dan teknologi penanamannya.

Kangkung boleh di tuai antara 28 -35 hari lepas tanam dan dijual lingkungan RM 0.50 hingga RM 0.80 sekilogram pada harga ladang. Kangkung yang dituai perlu dibersihkan dari tanah pada akar dan dimasukkan dalam baul buluh untuk dihantar segera ke pasaran. Pastikan TIDAK MENYEMBUR racun beberapa hari sebelum menuai untuk elakkan Sisabaki Racun. Bagi racun Dimethoate perlukan 7 hari, Racun Cymethrin (3 hari), Benomyl dan Mancozeb (14 hari) sebelum menuai. Kangkong juga mempunyai simptom kekurangan nutrien seperti kekurangan N, P,K dan zat pekit seperti Ca, Fe, Mo, Boron, Mn dan sebagainya yanng perlu dikaji dan diatasi masaalah ini. Penuaian kangkong adalah dengan mencabut menggunakan tangan keselurohan pokok bersama-sama akarnya untuk mengekalkan kesegarannya dan tahan lama. Bersihkan dari tanah dengan membasuh menggunakan air bersih dan ikat dengan lapisan kertas surat khabar dan masukkan dalam bakul buloh yang dilapis kertas sebelum dihantar kepasar. Secara fizikal kangkong perlu di tuai sebelum ianya mula menjalar atau pokok mulai tunduk (asalnya menegak). Potensi pengeluaran hasil kangkong sebanyak 10-15 metrik tan sehektar tetapi lazimnya sebanyak 12 mt sehektar di kebanyakan tempat di Malaysia.



TANAMAN KANGKUNG (Impomea spp) merupakan sejenis tanaman dalam kategori sayur daun yang popular di negara kita untuk pasaran domestik. Kangkong tergolong dalam famili Convolvulaceae ddipercayai ia berasal dari India.​​

 
Kangkung terbahagi kepada dua jenis iaitu Jenis Kangkung Darat(Impomea reptans) dan Jenis Kangkung Air (Impomea aquatica). Perbezaannya boleh dilihat pada bentuk daun, batang dan warna bunga. Kangkung darat berdaun tirus, batang berwarna hijau cerah dan bunga putih. Manakala kangkung air pula berdaun agak lebar, batang lebih besar dan hijau tua, bunga kemerah-merahan. Kangkung darat boleh ditanam di batas seperti sayur lain, tetapi kangkung air hanya hidup di kawasan yang berair. 


Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap