Monday, 14 October 2019

KACANG PANJANG

October 14, 2019 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/

KACANG PANJANG

KACANG PANJANG (Vigna sesquapedalis L) merupakan sejenis tanaman sayuran jenis buah dari keluarga Fabaceae (Dulu Leguminaceae) yang ditanam di Malaysia. Tumbuhan ini ditanam secara komersil oleh petani tempatan untuk pasarandomestik dan juga pasaran ekspot. Dalam Bahasa Inggeris ianya juga di panggil sebagai Yardlong Bean, Snake Bean, Bora, Long-poded cowpea dan Asparagus bean. Pemerhatian saya mendapati, sayur kacang panjang ditanam dengan sistem para terutama teknologi 'Para Trellis' dimana ianya adalah ekonomik, praktikal dan mudah diuruskan. Keluasan tanaman kacang panjang di Malaysia adalah 3,020 hektar pada tahun 2011 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 41,680 metrik tan yang dianggarkan bernilai RM 102.2 juta. Kacang Panjang adalah jenis sayuran buah yang ke dua popular ditanam di Malaysia selepas tanaman Cili Besar (Capsicum annum). Jika dibandingkan dengan tahun 2005 seluas 2,866 hektar kacang panjang ditanam adalah turun naik bergantung kepada banyak faktur iaitu seluas 3,319 hektar (2006), 2,781 hektar (2007), 2,772 hektar (2008) dan 2,614 pada tahun 2009. Kajian saya daripada beberapa kebun yang menanam kacang panjang di Johor mendapati anggaran purata hasil kacang panjang sekitar 14 metrik tan sehektar. Kacang Panjang dimakan segar sebagai ulam, di masak tumis, sayur campur, Bahan ramuaan nasi goreng dan sebagainya. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis kosting dan juga teknologi penanaman Kacang Panjang dalam 'Anim Agro Technology' untuk dikongsi bersama pembaca blog ini.

Kacang Panjang adalah jenis tanaman semusim yang memanjat dengan batangnya yang akan melilit kayu sokongan atau tali sokongan pada sistem trellis. Daunnya yang berwarna hijau mempunyai bentuk seperti dengan hujung tirus berukuran 6 -10 cm panjang dan 4 - 10 cm lebar. Bunga kacang panjang keluar daripada celah ketiak daun dan warna bunga bergantung kepada varieti sama ada putih, ungu atau kemerahan. Varieti kacang Panjang belum di senaraikan didalam Daftar Varieti Kebangsaan Jabatan Pertanian tetapi apa yang saya perhatikan, dua varieti popular yang di tanam adalah jenis Kacang Biji Putih dan Kacang Panjang Biji Hitam. Antara varieti yang dijual di pasaran seperti Benih GreenEagle No 388(Biji Hitam - Wira Black Seed), No. 389 (Black Seed Purple Seed), No. 391 (Black Seed Dragon Snake Seed), No 395 (Dwarf long bean), No 398 (White Seed Longbean), No 318 (Snow white), No 350 (Black Soldier) dan juga No. 399 (Red Cloud Longbean). Ramai petani yang menggunakan benih kacang panjang sendiri dengan kaedah pembiakbakaan pemilihan (Selection process) berdasarkan kepada pengalaman petani sendiri selama beberapa musim menanam kacang panjang.

Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap