Bayam Brazil / Brazillian Spinach.
Althernanthera sissoo
Siapa pernah tanam dan makan bayam ni?
Pokok ini berasal dari brazil. Sebab itulah dia dipanggil bayam brazil
agaknya. Dari pemerhatian saya rata-rata yang tanam pokok ini adalah
kawan berbangsa Cina. Orang melayu mungkin masih baru atau tidak kenal
langsung sebelum ini macam saya. Pertama kali saya kenal dan tahu
tentang sayuran ini pun menerusi posting oleh kawan-kawan grup fb pada
beberapa bulan lepas. Kedengaran sangat menarik dan seperti biasa saya
sangat teruja untuk memiliki.
Sungguh tidak terduga, hanya cuma bertanya tentang benihnya seorang
kawan baru fb saya bernama Mr Geo menawarkan penghantaran percuma
keratan batang bayam tersebut dengan pos laju . Saya apalagi..berbesar
hati sangatlah...Bila sampai terkejut juga tengok rupa pokoknya...Daun
dia berlubang-lubang kesemuanya. Tak ada rupa bayam pun...betul ke ni
bayam brazil Tengok gambar macam lain saja...
Tidak patah semangat, saya terus buang kesemua daun berlubangnya dan
tanam pada 18hb Aug, sehari selepas sampai. Saya tanam di atas tanah
dengan separa cahaya matahari. Menurut kawan saya daun tersebut begitu
rupa kerana dimakan belalang. Sepuluh hari kemudian lihat cepat saja
daun barunya tumbuh. Bajanya cuma siraman air ikan.
Tiga minggu kemudian. Inilah rupa pokoknya secara jelas. Daunnya
berwarna hijau pekat, berkerimot, agak tebal dan berisi. Rupanya ada
iras-iras sikit bayam malabar tetapi tidak memanjat. Pokoknya renek dan
rendang. Tak nampak macam rupa bayam biasa..
Bayam biasa macam di atas rupanya. Daun pun lembut dan nipis.