TERUNG
TANAM TERUNG CARA FERTIGASI merupakan satu kaedah penanaman moden yang semakin menarik minat petani di Malaysia. Terung Panjang (Solanum melongena) atau Terung Bulat
(Eggplant) merupakan tanaman sayur buah dari keluarga Solanaceae.
Penulis blog membuat pemantauan penanaman terung secara fertigasi di
Projek TKPM Inderapura, TKPM Pulau Manis, TKPM Kuantan di Pahang untuk
berkongsi teknologi tersebut. Pengeluaran
hasil buah cili, melon wangi dan tomato telah meningkat sebanyak 3 - 5
kali ganda jika ditanam cara fertigasi iaitu berbanding dengan cara
penanaman secara konvensional. Permintaan petani dan usahawan untuk
menggunakan sistem ini semakin meningkat terutama untuk penanaman
tanaman jangka masa singkat seperti Terung (Solanum melongena), Timun (Cucumis sativus), Melon (Cucumis melo), Cili (Capsicum annum), Peria (Momordica charantia)
dan beberapa jenis tanaman lagi. Penanaman terung secara fertigasi
boleh dilakukan menggunakan sistem fertigasi secara terbuka atau di
bawah struktur pelindung hujan (SPH) tanpa jaring kalis serangga. Ini
kerana penanaman terung di bawah SPH dengan jaring kalis serangga
menghalang proses pendebungaan sekali gus ia akan mengurangkan hasil
tanaman terung. Penanaman terung secara fertigasi telah terbukti memberi
hasil yang tinggi pada kos yang efektif. Perusahaan penanaman terung
secara fertigasi menunjukkan daya maju ekonomi yang memberangsangkan dan
teknik ini mampu menjadi pilihan alternatif kepada usahawan tani.
Kaedah penanamn cara fertigasi yang dilakukan ini menggunakan Teknologi
Fertigasi Terbuka diatas Tanah, Teknologi Tanaman Fertigasi Terbuka
Dalam SPH dan terkini Teknologi Tanaman Fertigasi Gantung.