October 14, 2019
Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
Kacang Bendi atau Okra (Hisbiscus esculentus) merupakan sejenis sayuran dari Keluarga Malvaceae
yang mudah ditanam dengan adanya ilmu pengetahuan mengenai teknologi
penanaman bendi. Bendi yang ada di Malaysia kini dipercayai berasal dari
Afrika Tengah dan banyak di tanam di Negeri Johor, Perak, Kelantan
serta Pulau Pinang. Di Johor sahaja seluas 390 hektar di tanam pada
tahun 2008 dimana daripada jumlah tersebut seluas 90 hektar ditanam di
Daerah Muar dengan pengeluaran sebanyak 1,620 metrik tan setahun.
Artikel ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology"
berkaitan dengan teknologi Bendi berdasarkan pengalaman dan pembacaan
penulis yang berkecimpong dalam bidang pertanian hampir 30 tahun.
Nama
lain bendi adalah Okra ; Lady's finger (English), Gambo (Indonesia),
Kacang Bendir; Sayur Lendir ; Bendi ; Sayur Bendir (Malaysia), okra ;
saluyot ; haluyot (Filipina), krachiap-khieo (Thailand), yau-padi
(Myanmar) dan poot-barang (Cambodia).
a).
Bendi dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara (okra) tetapi
ditanam dimerata dunia termasuk Afrika, India dan Brazil. Kebanyakan
bendi diguna segar sebagai sayuran (segar mentah, di rebus atau
digoreng) dan dibuat jeruk. Biji bendi boleh di buat 'Serbuk Kopi"
semantara daunnya untuk makanan ruminan dan batangnya diproses jadi
fiber.
Pokok
bendi ini mampu macam pokok Bunga Raya dan Pokok Kapas merupakan
tanaman Jangka pendek yang boleh di Ratoon menjadi tanaman tahunan.
Pokoknya mampu hidup sehingga ketinggian memlebehi 2 meter jika
dibiarkan. Daunnya berbentuk palmenate yang ada jejari serta mempunyai
permukaan yang agak kasar. Batangnya agak lembut ketika muda dan keras
sederhana keras. Bunga bendi berwarna kuning dengan ukuran 4 - 8 cm
garispusat (Lihat foto sebelah) . Pendebungaan dilaksanakan
oleh serangga seperti lebah, rama-rama, kumbang, semut dan sebagainya.
Buah bendi yang terbentuk dicelah batang dengan dahan berwarna hijau dan
apabia dipetik untuk dimasak mengeluarkan sejenis 'Lendir'. Bagaimana
pun lendir ini mudah hilang apabila dimasak dengan masukkan jus limau
atau cuka kepada mereka yang tidak sukainya.
Terdapat 2 jenis bendi yang popular di Malaysia iaitu Jenis 5-segi dan Jenis 7-segi.
Pengguna di Selatan Semenajung Malaysia mengemari jenis 5-segi
berbanding di bahagian Utara Semenanjung yang minat Bendi 7-segi (Kedah,
Penang , Perak dan Perlis). Bendi didapati kaya dengan zat makanan
seperti Kalsium (77 mg/ 100gram), Protin (1.7 g), Lemak (0.1 g),
Kabohiderat (5.9 g), Karotin beta (200 mcgm), Asid Askorbik (19.3 mcgm)
dan Tenaga 129 kj (31 kilo kalori) lain-lain lagi. Biji bendi yang
matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak
sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk
dijadikan bahan minuman sebagai kopi. Daun muda bendi boleh dimakan
sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai
bahan kraftangan yang cantik.
Bendi
yang dtanam diatas tanah mineral yang subur akan memberikan hasil yang
tinggi dengan Amalan Pertanian Baik (APB). Kawasan tanaman perlu dibajak
2 minggu sebelum menanam dan di naikkan batas-batas menggunakan trektor
atau manual. Bubuh Kapur sebanyak 2 mt/ha ditabur dan kemudian dibubuh
baja organik (Tahi ayam) dengan kadar 3-5 mt/ha sebelum di tutup dengan
plastik silvershine dengan anggaran keperluan sebanyak 20 gulong
sehektar. Plastik silvershine ini dapat membantu menjaga kelembapan
tanah, meningkatkan kehilangan baja, mengawal serangga perosak dan
mengawal rumpai.