Peria
di Kelompok Kg Paya Mas Tangkak, Ledang Johor
kelolaan Jabatan Pertanian.
Peria (Momordica charantia) dari order Cucurbitaceae adalah
sejenis sayuran menjalar yang mempunyai permintaan yang baik terutama
digunakan sebagai ulaman untuk ubatan oleh masyarakat tempatan. Peria
katak berbeza dengan peria biasa dengan ciri-ciri pada kulit yang mengerutu
dan berwarna hajau gelap. Peria katak asli (Liar) tumbuh dikawasan yang
mendapat sinaran matahari dan mengeluarkan buah yang kecil , berwarna
hijau gelap serta sedikit. Jenis Peria Katak Komersial pada masa ini
ditanam menggunakan benih hybrid Taiwan No 321 yang lebih komersial. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi penanaman peria katak untuk bacaan dan rujukkan pembaca semua.
Peria Katak No 321 merupakan satu varieti yang sesuai untuk di komersialkan dan harga satu tin benih hybrid antara RM 400.00 - RM450.00 satu tin yang hanya boleh ditanam sekali sahaja (F1). Pada masa ini terdapat seluas kira-kira 26 hektar CHE keluasan tanaman peria katak di usahakan di Daerah Muar dan Ledang. Kawasan tumpuan penanaman peria katak di sekitar Bandar Tangkak, Kg Solok, Sagil dan Sengkang. Kawasan lain adalah disekitar Pagoh, Ledang dan juga kawasan Sungai Balang, Muar. Peria Katak disukai penanam sayur kerana kurang kadar serangan oleh lalat buah jika ditanam dikawasan yang baru dibuka.