Monday, 8 January 2018

SUMBANGAN BAJA DAN BIJI BENIH OLEH JABATAN PERTANIAN

January 08, 2018 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Pertanian Gombak, Selangor atas sumbangan yang diberikan kepada pihak sekolah. Antaranya ialah:
1. Sabut kelapa
2. Garden tools
3. Biji benih
4. Pasu panjang 
5. Plant booster
6. Peatmoss
7. Tray semaian

Sumbangan ini akan digunakan untuk aktiviti Kelab Pencinta Alam@Clic. Diharapkan sumbangan ini dapat merealisasikan usaha murni sekolah ke arah kemenjadian murid dalam melahirkan usahawan tani yang berjaya.






Wakil guru dan KSIB bersama En Fazli dari Jabatan Pertanian Gombak, Selangor.



Antara sumbangan yang diberikan kepada pihak sekolah.





KENALI SISTEM PENGELASAN DEWEY

January 08, 2018 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
Aktiviti literasi maklumat berkaitan dengan Sistem Pengelasan Dewey dijalankan bersama murid tahun 3 Tulip di 
Pusat Sumber SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Apa itu Sistem Pengelasan Dewey?

Pengelasan Perpuluhan Dewey/Sistem Pengelasan Dewey atau Dewey Decimal Classification (juga dikenali sebagai “DDC”) merupaka pengelasan bahan perpustakaan yang dibina oleh Melvil Deweypada 1878. DDC merupakan sistem pengelasan buku dan lain-lain bahan perpustakaan yang menggunakan sepuluh kelas pengetahuan utama dan ia merupakan sistem pengelasan terawal di dunia dan paling banyak digunakan di dunia.






Penerangan Sistem Pengelasan Dewey kepada murid-murid oleh Cik Syafiqah, 
Guru Perputakaan Media SK St. Mary, Kuala Lumpur.




Murid-murid menyelesaikan lembaran kerja DDC berdasarkan maklumat yang terdapat di PSS.




Friday, 5 January 2018

TAKLIMAT PENYELARAS TAHUN 6

January 05, 2018 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
~ KEJAYAAN CEMERLANG BERMULA DENGAN USAHA PADA HARI INI ~

TARIKH : 5 JANUARI 2018
MASA : 7.45 PAGI - 9.00 PAGI
TEMPAT : LOBI SK ST. MARY, KUALA LUMPUR

Taklimat kepada murid-murid tahun 6 telah disampaikan oleh Penyelaras Tahun 6 iaitu Puan Fatima Nathan Nagiah. Semoga semua calon bersedia dari sekarang untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam PPSR 2018 .









GOOD LUCK AND ALL THE BEST GIRLS!

LADAP SMART CLASSROOM

January 05, 2018 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
TARIKH : 4 JANUARI 2018
MASA : 2.00 PETANG - 3.45 PETANG
TEMPAT : BILIK RBT
PENCERAMAH : MR. EDWARD

LADAP Smart Classroom diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru terhadap penggunaan Smart Classroom. Diharapkan penggunaan Smart Classroom dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid-murid di sekolah.




Penerangan mengenai "Smart Classroom" oleh Syarikat Pembekal EduGroup, Mr. Edward.

Guru diberi peluang untuk mencuba peralatan ICT seperti wireless presenter, projector dll yang terdapat dalam smart classroom.








#PEMBELAJARANABADKE-21

Friday, 29 December 2017

HARI ORIENTASI MURID TAHUN 1 2018

December 29, 2017 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
Murid baharu mengikuti sesi orientasi di sekolah bertujuan memberikan peluang kepada murid membiasakan diri dengan persekitaran sekolah. Murid juga dibawa mengelilingi sekitar kawasan sekolah seperti ke tandas, kantin dan dataran perhimpunan.
Melalui proses itu, murid dapat menghadapi suasana persekolahan dengan ya­kin dan berani selain membina hubungan mesra dalam kalangan murid serta memperkenalkan murid kepada persekitaran dan budaya sekolah.
Murid diajar untuk mematuhi peraturan sekolah, mengamalkan sikap hormat menghormati antara rakan dan guru serta dipupuk agar menjalani alam persekolahan yang menyeronokkan.
Selamat datang ke Sekolah Kebangsaan St. Mary, Kuala Lumpur 


Ujian bertulis.


Ujian lisan.

AJK Pendaftaran.



Taklimat oleh GPK Pentadbiran, Pn. Fatimah Ludin.

Taklimat disiplin oleh Pn. Aliana Alias.










Murid-murid tahun 1 melawat persekitaran sekolah.


Pengagihan buku teks.


Aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.










Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap