Saturday 18 August 2018

DAUN KADUK

August 18, 2018 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/

DAUN KADUK - TANAM DAN KHASIAT

POKOK KADUK (Piper sarmentosum) mungkin kurang dikenali ramai merupakan adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Piperaceae yang terdapat di Malaysia dan natif dari negara kita. Tumbuhan ini juga terdapat di Brunei dan Indonesia. Penulis mempunyai satu pasu pokok kadok yang ditanam dikawasan rumah di Johor Bahru. Pokok kaduk ini ditanam didalam pasu dengan tanaman herba lain seperti serai wangi, tenggek burung, limau purut, serai biasa, pokok potong kolesterol, snake grass dan beberapa lagi. Daun Kaduk telah lama dikenali sebagai ulam yang dimakan segar bersama-sama nasi putih dan juga boleh dimasak dengan pelbagai cara mengikut kehendak pengguna. Pokok Kadok adalah tumbuhan herba renek yang tumbuh dengan adanya naungan. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan kegunaan sendiri dikeliling rumah atau dikawasan keliling kebun. Tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman kaduk di Malaysia tetapi penulis mengganggarkan sekitar 15-20 hektar CHE. Artikel maghrib pada 3 Shawal 1348H ini saya berkongsi maklumat mengenai tanaman pokok kadok. Pokok kadok mempunyai bentuk daun seperti daun sireh (Heart Shape) atau lonjong yang berwarna hijau gelap dan urat daun yang jelas dan berketak-ketak. Bahagian daun merupakan komponen yang digunakan sebagai ulam dimana daun ini akan mengeluarkan aroma atau bau apabila diramas atau di koyakkan. Daunnya mempunyai rasa seperti berlada (Pedas) dan sedikit pahit sesuai untuk dijadikan ulam yang segar. Kalau di masak daunnya menyebabkan rasa masakan kita akan menjadi lebih sedap terutama untuk masakan ikan, daging, udang kering, telur dan juga kerang-kerangan. Batangnya adalah jenis yang agak lembut berwarna hijau. Tumbuhan ini mempunyai akar serabut atau 'lateral roots' yang aktif. Artikel subuh raya ke 3 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penanaman dan khasiat daun kaduk untuk dijadikan bahan bacaan semua.

Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap