Wednesday 8 August 2018

CEKUR

August 08, 2018 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
CEKUR



CEKUR MANIS



  • Nama saintifik bagi cekur manis ialah Sauropus Androgynus.
  • Ia boleh dikenali melalui batang yang lurus tegak dan boleh mencapai ketinggian kira-kira 3 meter.
  • Daunnya pula tumbuh secara berselang-seli, berwarna hijau tua dan mempunyai kelebaran antara 1 hingga 2 cm lebar, berdiameter 2-5 cm dan berbentuk bujur/oblong. 
  • Pada kebiasaanya, ia dijadikan sayur dalam masakan dan juga sering diambil dan di peram/jeruk untuk dijadikan bahan masakan yang menyelerakan. 
  • Cekur manis mudah dibiakkan melalui keratan batang yang berkayu keras dan memerlukan tanah yang subur, gembur dan mempunyai bahan organik yang tinggi.
Cekur manis turut digunakan dalam perubatan tradisional.

  • Untuk membanyakkan susu, dan memulihkan rahim, seluruh bahagian pokok perlu dimasak terlebih dahulu kemudian makan.
  • Minum air rebusan pokok bagi merawat demam panas, pening, pitam dan darah tinggi.
  • Hidung berdarah dan penyakit puru boleh meminum air rebusan daun dan akar.
  • Bagi melancarkan pembuangan air besar, petik daun cekur manis kemudian rendamkan ia di dalam air panas dan minum.


                         CEKUR MERAH



  • Nama saintifik bagi cekur merah ialah Kaempferia galanga.
  • Cekur Merah merupakan sejenis tumbuhan kecil renek yang tumbuh menjalar di atas tanah dan mempunyai hanya 2 hingga 7 helai daun. 
  • Ia adalah sejenis herba daripada keluarga halia. 
  • Tumbuhan ini mudah didapati di kawasan kampung dimana suri rumah menanamnya untuk digunakan sebagai bahan masakan. 
Cekur merah turut digunakan dalam perubatan tradisional.

  • Makan keseluruhan pokok sebagai ulam bagi merawat masalah sakit tekak, demam dan sakit tulang.
  • Masalah bengkak boleh dirawat dengan menampal daun yang dihancurkan pada tempat yang bengkak.
  • Merawat sakit mata menggunakan titisan air dari daun.
  • Bagi mencegah keguguran sapukan ke perut perahan air cekur, daun dedap dan gandarusa.

Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap