Saturday 18 August 2018

KELADI

August 18, 2018 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/

KELADI - CARA MENANAM YANG BETUL

MENANAM KELADI (Colocasia esculentum) merupakan satu aktiviti agronomi yang perlukan ilmu pengetahuan asas dan praktik yang betul. Kini ramai dikalangan petani yang menanam keladi berdasarkan kepada pengalaman lalu dan belajar daripada rakan taulan lain yang menanam keladi. Terdapat beberapa jenis keladi yang telah popular untuk di tanam dinegara kita seperti Keladi Cina, Keladi Mawar, Keladi Minyak, Keladi Sarawak dan beberapa lagi. Keladi Cina pada penelitian penulis blog merupakan sejenis keladi yang paling disukai petani untuk menanamnya kerana ia mendapat harga lumayan bagi keladi yang berkualiti (Sila lihat foto diatas). Penanaman keladi perlukan anakbenih berkualiti, baja, racun kawalan perosak dan juga kawasan tanah yang subur dan sangat baik sistem salirannya untuk mendapat  hasil lumayan. Penggunaan amalan teknologi yang sering dimaksudkan pada beberapa tanaman atau komoditi agar ia mampu menghasilkan keladi berkualiti agar mendapat harga yang baik dan ianya akan menguntungkan. Pembenihan keladi lazimnya daripada sulur anakbenih keladi. Pada kebiasaanya penanaman keladi adalah bersifat kecil-kecilan disekeliling rumah tetapi kini telah ramai petani yang menanam secara meluas dan monokrop untuk pasaran domestik dan sedikit diekaport ke Singapura. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penanaman keladi sebagai satu bahan rujukkan semua.


Penanaman keladi memerlukan kawasan tanah sesuai yang subur dan mempunyai sistem saliran baik. Tanah gambut dan tanah lom berpasir sesuai ditanam dengan keladi untuk pembentukkan umbisinya. Tanah tersebut dibajak dahulu dan dibuat batas jika perlu. Anakbenih perlu disediakan awal yang diperolehi daripada pokok induk sediada yang berkualiti atau boleh membelinya daripada pembekal yang berwibawa. Amalan yang biasa dimana petani akan menyimpan benih untuk dipakai pada musim penanaman yang berikutnya. Pada penulis blog, penanaman keladi (Di Indonesia dipanggil sebagai 'Talas') sangat mudah dilakukan dimana ia hanya memerlukan ketekunan dan tahap keterampilan sederhana. Pertama disediakan anakbenih keladi yang berasal dari tunas atau dari sulur umbi. Bila benih ini diambil dari tunas sebaiknya tunas itu diambil dari pokok keladi yang telah berumur 5-7 bulan iaitu tunas kedua dan dan ketiga. Bila benih diambil daripada umbi maka sebaiknya ia dipilih pada tahap umbi yang hampit dengan waktu untuk tumbuh. Ia kemudian perlu dipotong atau dihiris dan tinggalkan satu mata bakal tunas. Umbi yang diiris dibiarkan kena angin dulu dan semasa dialuh ketapak semaian pastikan medianya telah dicampur dengan bahan abu. Apabila benih ini telah mempunyai daun 2-3 helai sebaiknya anakbenih umbi ini telah sedia untuk ditanam pada ladang. Pastikan benih yang hendak ditanam adalah subur, tidak berpenyakit dan dari varieti yang terpilih sahaja.


Penanaman keladi diladang komersil dengan jarak tanam 75cm x 45 cm bergantung kepada jenis tanah dan varieti keladi. Tanaman Keladi biasanya ditanam dalam dua baris dengan jarak 1.2 meter antara barsan dan jarak 45 cm di dalam baris (Sila lihat foto penulis disebelah). Benih sihat berusia 5 -7 bulan iaitu tunas kedua dan dan ketiga sesuai untuk digunakan. Kalau benih dari umbi sebaiknya ia telah mempunyai sekitar 2-3 helai daun dimana untuk kepadatan tinggi ia ditanam lebih rapat lagi. Bagaimana pun lazimnya jarak tanaman 75cm x 75 cm dengan ditanam pada kedalamam 30 cm adalah disyorkan. Di dalam penyediaan tanah sebaiknya tahnya telah jadi gembur. Tanah yang kurang subur perlu diberikan baja organik mencukupi dan sistem saliran yang sempurna. Ini kerana tanaman keladi tidak tahan dengan air yang tergenang dalam kebun (water lodging). Pokok keladi ditanam dalam dua barisan dengan jarah baris selebar 1.2 m dan keadaan panjang baris mengikut kesesuaian fizikal tanah. Dalam beberapa tinjauan penulis d Johor dan Melaka mendapati jarak tanaman yang biasa dilakukan sekitar 45 cm x 70cm x 70cm atau sistem tanaman 50cm x 70 cm atau kaedah kombinasi yang lain. Pokok keladi yang ditanam dikawasan basah dan berair menyebabkan tidak mendapat hasil tinggi, tanah wajib gembur dan lepas. Tanah yang subur dan bergambut sangat sesuai untuk penanaman keladi tetapi perlu diberi 1 tan/ha kapur apabila pH nya di bawah 5.0. Tanah yang masam akan mengurangkan hasil tuaian keladi.

Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap