Saturday 18 August 2018

MAHKOTA DEWA

August 18, 2018 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/

Khasiat Pokok Mahkota Dewa

khasiat-pokok-mahkota-dewa
Klasifikasi
Nama : Mahkota Dewa
Nama Saintifik : Phaleria macrocarpa
Nama Lain :  Simalakama
Famili  :  Thymelaeaceae

Khasiat Pokok Mahkota Dewa

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Mahkota Dewa yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti .
PENGENALAN:
Buah Mahkota Dewa(Phaleria macrocarpa) adalah pokok malar-hijau yang tebal, membesar dengan baik dalam iklim tropika, merupakan tanaman jenis pohon yang berkembang dan tumbuh sepanjang tahun, ianya mampu mencapai ketinggian 3-4m.Batang bergetah terdiri dari kulit yang berwarna coklat kehijauan dan batang kayu berwarna putih, ianya berakar tunjang.
Phaleria Macrocarpa bermakna Mahkota tuhan, sejenis tumbuhan dari keluarga Thymelaeaceae. Nama diberikan kepada buah ini kerana dikatakan ia diturunkan dari langit, hasil dari doa- munajat hambanya dari tuhan kepada manusia. Mahkota Tuhan merupakan tumbuhan asli dari kepulauan Papua (Irian Jaya) terletak di timur jauh kepulauan Indonesia, daerah Maprik. Menurut penduduk bandar Wewak pokok Mahkota Dewa hanya sebagai hiasan halaman rumah dan buahnya beracun ketika ditanya manafaat mahkota dewa.
Beberapa abad dahulu benih pokok Mahkota Dewa dibawa dari pulau Papua oleh bomoh-bomoh tradisional Jawa dan menanamnya di kawasan lapang Istana Solo dan Jogyakarta. Pawang dan bomoh menggunakan buah beracun Ini dengan cara tertentu untuk dijadikan sumber penyembuh yang berguna. Ilmu Pengetahuan perubatan ini, tetap menjadi rahsia bersama resepi tertuanya didalam dinding istana di Jawa untuk beberapa generasi sebelum ia tersebar kepada orang ramai. Kaum Jawa merujuk buah ini sebagai ‘Makuto Dewo dan tabib Cina menamakan nya ‘Pau’, dadah warisan (patrimony drug).
Kini tumbuhan ini tidak lagi menjadi harta yang dirahsiakan dalam bulatan bijak merawat. Disebabkan nilai ekonomi dan faedah perubatan, ramai telah mula menanam pokok Mahkota Dewa. Pokok ini mudah tumbuh, tanpa memerlukan sebarang rawatan khas atau pengendalian. Ia boleh tumbuh di kawasan-kawasan dari 0 – 1000 meter di atas paras laut, boleh mencapai ketinggian sehingga 5 meter dan mudah menghasilkan bunga yang akhirnya berkembang sebagai buah.
KANDUNGAN KIMIA
  • Daun : mengandungi antihistamin, alkaloid, saponin & polifenol (lignan).
  • Kulit Buah : mengandungi alkaloid, saponin & flavonoid.
  • Buah : alkanoid, tanin, flavonoid, fenol, saponin, lignan, minyak asiri & sterol.
Keseluruhan bahagian dari tumbuhan, biji, buah, daun dan ranting kesemuanya mengandungi ciri-ciri perubatan. Mahkota Dewa boleh digunakan sebagai dadah tunggal atau sebagai campuran bersama herba-herba lain untuk menguatkan kesannya dan untuk meneutralkan racun. Walaupun Mahkota dewa rasanya agak manis, adalah perlu diingatkan bahawa ia tidak boleh dimakan begitu sahaja atau sebelum pemprosesan dijadikan sebagai ubatan. Ia merupakan tumbuhan beracun yang boleh membawa maut.
Bagaimanapun, terdapat beberapa cara tertentu untuk menjadikan ia selamat untuk digunakan sebagai perubatan tradisional. Buah hijau belum matang serta buah masak merah boleh diracik dan dikeringkan dibawah matahari. Ambil satu sudu (tidak lebih) isi yang dah diracik dan dikeringkan lalu campurkan kedalam segelas air panas mendidih untuk dijadikan minuman rendaman. Adalah dipercayai bahawa isi buah Mahkota Dewa mengandungi sebatian anti-oksida untuk melawan kanser. Tidak disyorkan kepada wanita hamil mengguna ubat ini kerana boleh mendatangkan kemudaratan keatas janin dalam kandungan.
SIFAT & KHASIAT
  • Kulit Buah dan Daging Buah : mengubati disentri (cirit berdarah), psoriasis & jerawat.
  • Daun dan Biji : mengubati pelbagai jenis sakit kulit seperti ekzim & gatal-gatal.
  • Buah : antitumor, antidisentri, antiinsekta, mengubati eksim, hepatotoksik & antibodi.

Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap