Saturday 18 August 2018

POKOK MISAI KUCING

August 18, 2018 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/

Khasiat Pokok Misai Kucing

misai_kucing_big
Nama TempatanMisai Kucing
Nama SaintifikOrthosiphon aristatus /stamineus benth
Nama LainKumis kucing, cat whisker,
kabling gubat, Java Tea, Kidney Tea, Koemis� Koetjing� and Yaa Nuat Maeo
FamiliLamiaceae
Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Misai Kucing yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti .

Pengenalan

Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang         berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutammisai_kucing_bungaanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk   menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah),  Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada   dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya. Misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon Aristatus adalah asal usul nama kepada Lippenblütengewächse/Lamiaceae/Labiatae. Pokok herba ini ditemui di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia tropika. Banyak khasiat yang terdapat pada pokok    misai kucing ini. Rasanya pasti ramai yang sudah ketahui kebaikan misai kucing kerana di negara Malaysia sangat popular dengan jualan TEH MISAI KUCING.

Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap