Tuesday 7 August 2018

POKOK LIDAH BUAYA

August 07, 2018 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/


LIDAH BUAYA




  • Nama saintifik bagi lidah buaya ialah ALOE VERA.
CIRI-CIRI POKOK LIDAH BUAYA :

 1. mempunyai banyak kandungan air.

2.  pokok ini boleh hidup lama dan boleh mencapai ketinggian sehingga 45-50 cm .
3. Daunnya berwarna hijau muda dengan susunan roset dan berisi pejal . 
4. Daunnya berbentuk lansolat, glabrus dan mempunyai tepi daun yang berduri, pangkal daunnya bersusun dalam bentuk sarung dengan tepi daunnya berduri. 
5. Urat daun tidak kelihatan dan daunnya berbentuk memanjang dan berfungsi sebagai batang. 
6. Tangkai bunganya boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m panjang dengan penghujung tangkainya membentuk bunga yang berwarna merah kekuningan secara berjambak.


APAKAH KHASIAT ALOE VERA?

BIL
PENYAKIT YANG BOLEH DIRAWAT
CARA
1.
luka terbakar
daun lidah buaya dicuci bersih, lalu dibelah menjadi dua, di dalamnya akan terdapat lendir seperti gel disapu pada luka bakar maka dalam masa 2-3 hari akan sembuh.
2.
mengeluarkan racun tubuh
membuat jus lidah buaya
3.
menurunkan diabetes
mengambil jus lidah buaya setengah sudu diminum rutin selama 14 hari dipercayai dapat menurunkan kadar gula 45%.
4.
menghilangkan jerawat merah yang besar dan meradang
ambil saja lidah buaya, kemudian belah, lalu ambil getahnya atau lendir yang terdapat didalamnya. Sapukan pada bahagian wajah yang terkena jerawat sekali dalam sehari kurang lebih selama 10-15 minit kemudian bilas dengan air suam.
5.
menguatkan akar bulu mata
sebelum tidur, cuci bulu mata agar terbebas dari bahan kimia seperti maskara, lalu ambil lendir lidah buaya, oleskan pelan- pelan pada bulu mata, biarkan selama 30 minit, lalu cuci dengan air biasa hingga bersih. Bila teratur menggunakannya, dijamin bulu mata anda tidak mudah gugur dan tebal.
6.
merawat rambut agar tidak mudah gugur, mengurangkan kelemumur, dan mempercepatkan pertumbuhan rambut
ambil dua pelepah lidah buaya yang sudah dicuci, kemudian gosokkan isinya pada kulit kepala yang telah dicuci / dikeramasi, lalu balut rambut dengan kain dan bilas keesokan harinya, usahakan melakukan rawatan ini setiap hari untuk mendapatkan hasil maksimum.
7.
merawat buasir
parut lidah buaya, tambahkn madu dan setengah cawan air matang pada parut tersebut, aduk hingga rata, saring, lalu diminum 3 kali sehari.
  • aloe vera juga boleh dihasilkan jus.
DSC02705



CARA MENGHASILKAN JUS ALOE VERA :


Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap