Saturday 18 August 2018

KECUBUNG

August 18, 2018 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/

KECUBUNG

POKOK KECUBUNG (Datura metel) ialah sejenis pokok renek herba semusim yang kurang dikenali di negara kita. Tumbuhan ini adalah dari keluargai Solanaceae (Sama dengan terung dan cili) yang dipercayai berasal dari China. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah seperti Horn Of plenty, Angel"s trumpet, Downy Thorn Apple dan Devil"s Trumpet. Nama-nama ini adalah berdasarkan kepada bentuk marfologi bunganya seperti bentuk trumpet dan buahnya yang berduri. Terdapat beberapa spesis atau nama lain bagi tumbuhan ini seperti Datura fastuosa Linn,Datura alba Ness dan Datura fasttuosa Linn. var alba C.B. Clarke. Penulis sebelum ini kurang kenal akan tumbuhan ini tetapi memahaminya setelah membuat lawatan teknikal di Taman Herba Perak, Gopeng, Perak tidak lama dulu sebanyak 3 kali. Memang sukar untuk mendapatkan info mengenai tanaman ini kerana ia tumbuh liar dan jarang ditanam untuk tujuan komersil. Kajian menunjukkan pokok Kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan unik. Antara beberapa jenis yang biasa dijumpai ialah seperti Kecubung BiasaKecubung Kecil dan juga jenis dikenaliKecubung Putih (Datura stramonium)Pokok Kecubung ialah salah satu daripada 50 jenis herba asas yang telah pun digunakan dalam dunia herba cina (Singseh) dan dipanggil mereka sebagai yáng jīn huā. Ramai orang yang pernah mendengar bahawa kecubung adalah beracun jika dimakan pada jumlah yang besar. Ini didapati apabila terdapat tanda atau gejala-gelaja termasuk kulit yang merah, sakit kepala, halusinasi dan mungkin konvulsi (iaitu menggigil-gigil dan terkejang-kejang) serta juga keadaan koma iaitu pada tahap serius. Unsur-unsur toksiknya yang utama ialah bahan yang dikenali sebagaiAlkaloid-alkaloid tropana. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis tumbuhan yang beracun dipanggil sebagai Pokok Kecubung untuk idjadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Kecubung ialah sejenis pokok renek yang bercabang dengan banyak. Batangnya jenis keras berkayu dan cabangnya seolah-olah membentuk rumpun. Tinggi pokok kecubung selalunya kurang dari 2 meter dan rendah jika dicantas. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang. Benih yang matang dan bernas mudah tumbuh jika disemai. Pada masa ini pokok kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana warna dan bentuk bunganya yng cantik dan unik. Penulis dapati bunga kecubung membentuk serombong yang besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeza (Sila lihat foto disebelah). Diantara jenis yang biasa dijumpai ialah kecubung biasa dan juga kecubung kecil. Warnanya bunganya yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih tetapi ada juga yang berwarna kuning dan oren. Buahnya pula berwarna hijau semasa muda dan akan bertukar kepada warna coklat apabila matang yang lazimnya mempunyai duri-duri halus diluarnya. Kajian makmal menunjukkan kandungan kimia dalam pokok kecubung adalah seperti Hiosin, Oksalik, Lemak dan Hyosiamin. Kajian menunjukkan kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid. Penggunaan segala ubat dari pokok kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja.

Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap