Saturday 18 August 2018

POKOK RERAMA

August 18, 2018 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/

Pokok Rerama Hijau Penawar Kanser

Pokok Rerama atau nama saintifiknya Christia vespertilionis mula mendapat perhatian dunia apabila para pengamalnya mengalami pelbagai perubahan kesihatan yang menakjubkan. Tumbuhan ini turut dikenali sebagai Daun Kelawar, Butterfly Wing atau Bian Fu Cao (di China). Ia berasal dari rantau Asia dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional di Thailand.

Hasil daripada pengalaman pengguna herba ini, ia dipercayai mampu merawat kanser dan beberapa penyakit lain seperti angin ahmar (strok), darah tinggi, kencing manis, asma, migrain, resdung, denggi, demam campak, masalah usus serta penyakit SLE (Sistemik Lupus Eritematosus). Bagus kan herba ni?
Pengguna herba rerama turut melaporkan khasiat teh rerama sebagai mampu merawat:
✔Masalah Berkaitan Darah
✔Masalah Kolesterol/Asid Urik (Gout)
✔Penyakit Kulit (termasuklah ekzema dan psoriasis)
✔Senggugut
✔Thyroid
✔Angin dalam badan

Beberapa institusi penyelidikan mula membuat kajian terhadap herba rerama ini untuk mengesahkan manfaatnya. Sehingga hari ini, kajian yang dibuat menunjukkan hasil yang positif walaupun masih belum diisytiharkan secara rasmi. Maklumlah, mereka memerlukan bukti-bukti saintifik di samping melibatkan responden yang ramai.

Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap