Saturday 18 August 2018

POKOK PECAH BELING

August 18, 2018 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
POKOK PECAH BELING (Strobilanthes crispus) adalah sejenis tumbuhan kategori Herba dikenali juga dengan pelbagai nama lain seperti Pecah Kaca, Bayam Karang, Ngo Kilo, Keji Beling dan Jin Batu. Ia merupakan tumbuhan herba yang dipercayai natif dari Madagascar hingga ke Malaysia. Pokok pecah beling adalah dari keluarga Acanthaceae dimana saya dapati ia amat mudah ditanam dikawasan keliling rumah sama ada atas tanah atau dalam pasu. Saya masih mempunyai 2 pasu pokok ini hasil pemberian Hj Adnan (PPN Johor). Tumbuhan ini hidup subur di kawasan-kawasan lapang atau belukar dan selalu dilihat sebagai rumpai atau tumbuhan yang tidak diingini. Tumbuhan ini merupakan sejenis tumbuhan ubatan yang dikenali sebagai "Pecah Kaca” dalam bahasa Melayu kerana saya dapati bunyi daunnya apabila dihancurkan menyerupai bunyi seperti kaca yang dipecahkan. Ia juga mudah didapati di tebing sungai dan dipadang padang terbiar. Mungkin ia amat mudah dikelirukan dengan spesies lain Cusia strobilanthes atau Assam Indigo. Kedua-duanya kelihatan serupa tetapi perbezaan utama adalah pada warna bunga. Assam indigo menghasilkan bunga berwarna ungu manakala Pecah Beling menghasilkan bunga berwarna kuning, Walau bagaimanapun, ia amat jarang menghasilkan bunga sepanjang tahun. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan pecah beling yang dikatakan banyak khasiat.


Pokok Pecah Beling yang saya nampak mempunyai batang yang tumbuh menegak dengan ukurlilit batang sekitar 0.2 - 0.7 cm.  Kulit luar batang seakan berwarna ungu dengan bintik-bintik hijau dan apabila batang menjadi tua berubah menjadi coklat. Pokok pecah beling boleh mencapai ketinggian sehingga 2.0 meter jika tidak dicantas dengan baik dan mampu tumbuh merimbun atau banyak dahan. Selain dipercayai ia boleh dijadikan ubat, pokok pecah beling juga ditanam sebagai tanaman landskap penyeri dihalaman rumah . Tumbuhan ini amat mudah berkembang biak pada tanah subur walau pun ia agak terlindung apa laagi kalau di tempat terbuka. Daun bujur-meruncing berbentuk agak bulat dihujung (obtuse) dengan garis cetek tidak lurus (crenate-crispate). Bahagian tepi daun saya dapati ia bergerigi dengan jarak agak jarang serta berbulu halus hampir tidak kelihatan. Panjang helaian daun (tanpa tangkai) antara 5.0 – 8.0 cm (ukuran normal) dengan lebar daun kira-kira 2.0 – 5.0 cm. Permukaan daun agak kesat dan berbulu. 


Didalam banyak rujukkan yang saya baca, didapati secara tradisinya daun pecah beling telah digunakan sebagai ubat untuk masaalah diuretik, antidiabetik, antilytic dan juga julap. Banyak kajian dijalankan dan telah dibuktikan secara saintifik bagi menimbulkan aktiviti antioksidan yang tinggi, anti-AIDS, dan sifat-sifat anti-kanser. Khasiat dari tumbuhan ini biasanya diambil dalam bentuk minuman teh herba. Kajian makmal juga mendapati yang ekstrak daun ini memang telah disahkan  mengandungi flavonoid seperti quercetin, naringenin dan kaempferol. Walau bagaimanapun, flavonoid yang dikesan dalam ekstrak daunnya berbeza kerana kaedah atau cara pengekstrakan. Daun pokok pecah beling banyak digunakan dalam perubatan tradisional seperti merawat kanser, kencing manis serta batu karang. Ia digunakan juga sebagai agen diuretik.  Ekstrak air pecah beling mempunyai kompoun atau molekul yang boleh merencatkan pertumbuhan retrovirus iaitu sejenis agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan mampu merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Kajian di UPM mendapati daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti Kalium, kalsium, natrium, ferum, fosforus serta vitamin C, B1 dan B2. Terdapat juga kandungan bahan kafeina dalam daun pecah beling tetapi ianya rendah. Kandungan ini merupakan penyumbang kepada antioxidant yang sangat tinggi. Selain dari itu ekstrak pecah beling secara in vitro (tisu kultura) mampu membunuh sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada dengan mengaruh sel ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Ekstrak ini juga mampu memendamkan gen penyebab kanser dan sekali gus mengurangkan risiko kanser. 

Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap