Saturday 18 August 2018

POKOK OREGANO

August 18, 2018 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
KETERANGAN:
Pokok oregano yang dijadikan rempah sebenarnya ada dua jenis iaitu origanum dictamnus dan origanum vulgare (disebut Vul-Gay) . Daun kering yang biasa di jual di pasaraya sebagai rempah dan biasa dijumpai ialah origanum dictamnus (dipanggil juga dittany atau dictamnus) Oregano yang akan dibincangkan di sini ialah origanum vulgare. Pokok oregano mempunyai bau yang menusuk hidung. Pokok ini boleh mencapai ketinggian hingga 7 kaki. Nama oregano berasal dari perkataan Greek yang bermaksud “joy of the mountain”. Oregano banyak digunakan dalam masakan Itali seperti pizza dan masakan lain yang menggunakan sos tomato kerana baunya yang kuat dan berbau pedas. Berada dalam famili yang sama dengan daun pudina, herba ini banyak digunakan untuk memberikan aroma dan rasa kepada ikan dan daging. Oregano juga lebih dikenali sebagai herba pizza. Daunnya agak tebal dan agak berbulu. Tumbuhan ini mudah membiak melalui keratan batang. Ia memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam pendedahan terhadap cahaya matahari setiap hari untuk tumbuh subur dan sihat. Daunnya mempunyai minyak pati yang dipanggil minyak oregano. Daunnya sedap dijadikan rempah atau dimakan sebagai ulam seperti daun basil juga.

KEGUNAAN:
Perubatan Greek purba telah lama menggunakan oregano sebagai penawar untuk penyakit seperti masalah pencernaan, sakit kepala, batuk dan menghilangkan bengkak dan lebam. Daunnya yang beraroma juga boleh menambahkan selera makan. Ia juga banyak digunakan untuk menghilangkan sakit tekak dan sakit kerongkong. Untuk sakit tekak dan kerongkong daun oregano yang segar atau kering boleh dijadikan teh dan diminum. Untuk masalah pencernaan dan sakit perut daun oregano diparut bersama ibu kunyit, dicampuri dengan asam jawa dan gula melaka dan diminum. Amalan makan daun oregano sebagai ulam juga dapat mencantikkan kulit dan melancarkan pengaliran darah.

Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap