Saturday 18 August 2018

HALIA BARA

August 18, 2018 Posted by https://pusatsumberskstmarykl.blogspot.com/
HALIA BARA (Zingiber officinale var rubrum) merupakan sejenis halia daripada keluarga Zingiberaceae yang sering dikaitkan dengan dunia perubatan tradisional dalam alam Melayu dan Nusantara. Halia bara juga digunakan sebagai ramuan penting didalam masakkan kita yang menyedapkan rasa pada makanan. Semasa pameran MAHA dan HPPNK yang diadakan setiap tahun, Jabatan Pertanian ada membuat pameran mengenai tanaman nadir dan herbatermasuk halia bara dimana ramai pengunjung yang bersungguh-sungguh minta anak benih halia bara untuk dibawa balik kerana katanya memang amat sukar untuk mendapatkan benih tersebut. Namun mereka kecewa kerana bahan pameran tersebut hanya sedikit untuk tujuan pameran sahaja. Tinjauan saya mendapati Halia Bara juga kadang-kadang dipanggil sebagai Halia Merah, Halia Udang atau di Indonesia dipanggil Halia Emprit (Lihat foto diatas). Halia Bara memang tanaman yang dicari oleh pengamal perubatan tradisional kerana khasiat perubatan yang ada didalam tanaman tersebut. Kepada mereka yang tidak kenal dengan halia bara memang agak sukar untuk membezakannya dengan halia biasa atau Halia Makan seperti varieti Halia Bentong atau varieti Halia Sabah. Saya dapati halia bara mempunyai saiz umbisi yang lebih kecil, berwarna kemerahan (merah tua), mempunyai bau yang lebih kuat dan saiz umbisi lebih kecil. Pada daunnya pula didapati halia bara mempunyai saiz daun lebih kecil dengan bahagian hujung yang meruncing. Artikel petang ini sambil memandang padang golf Awana Genting Highland dari aras 21, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai halia bara untuk bacaan umum dan bahan rujukkan.


Tumbuhan Halia Bara sama seperti pokok halia biasa yang mempunyai bentuk berumpun. Ketinggian tumbuhan ini diantara 15-30 cm dari paras tanah bergantung kepada kesuburan tanah dan pengurusan tanaman. Daunnya adalah kelihatan seperti pokok halia biasa, halia padi atau bonglai (Sila lihat foto halia bara disebelah). Batang halia keluar dari perdu pokok dan mempunyai batang yang sederhana lembut naik menegak keatas dengan beberapa helai pelepah daun. Halia ini memiliki rizom bersaiz kecil daripada halia biasa dan berwarna kemerahan. Saiz rizom seakan halia padi tetapi ia berwarna merah dengan isi kekuningan dan memang terasa lebih pedas. Keunikan rasa pedas ini membezakan dengan halia biasa dan menjadikan ia amat sesuai digunakan oleh pengamal perubatan. Penanaman halia bara lazimnya adalah daripada rizom yang telah matang dan sihat serta mempunyai mata tunas. Ia boleh ditanam diatas batas atau dalam pasu atau polibeg. Amalan agronomi tanmaman halia bara serupa dengan penanaman halia biasa dan anda boleh rujuk pada artikel mengenai halia (Sila klik disini). Jangkamasa penuaian juga hampir sama dengan halia biasa iaitu sekitar 1 tahun untuk rizomnya cukup matang.

Popular Posts

PENAFIAN DAN DASAR KESELAMATAN

PSS SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh PSS SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PSS Sekolah Kebangsaan Nuri - Tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog kami ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap